Pemilik restoran kini tauke pokok bunga - Utusan Malaysia

Pemilik restoran kini tauke pokok bunga

ANTARA arca hiasan laman yang dihasilkan Mohd. Affandi di Kubang Golok, Bachok, Kelantan. Foto TOREK SULONG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BACHOK: Daripada mengusahakan restoran di Kampung Kubang Golok, di sini, dia kini beralih ke bidang menjual pokok bunga demi  menjana pendapatan yang terkesan sepanjang pandemik Covid-19.

Mohd. Affandi Mamat, 42, terpaksa menutup kedai makan yang diusahakan lebih 10 tahun lalu kerana ketiadaan pelanggan.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Mohd. Affandi berkata, sebelum ini, kedai makannya sering dikunjungi pelanggan dari luar kawasan untuk menikmati pelbagai masakan resipi Thailand.

“Tarikan sajian sup belut panas dan tomyam selain masakan tempatan berkubur sepanjang larangan rentas daerah berkuat kuasa, selain kunjungan orang ramai ke pusat peranginan Pantai Irama di sini ditutup.

MOHD. Affandi menguruskan pokok bunga ati-ati yang mendapat pasaran yang tinggi di nurserinya di Kampung Kubang Golok, Bachok, Kelantan,- UTUSAN/TOREK SULONG

“Tidak ramai penduduk tempatan yang datang membeli sekiranya lauk-pauk dijual secara pandu lalu dan akhirnya dia terpaksa sedekahkan sahaja lauk-lauk yang tidak habis,” katanya.

Mohd. Fauzi berkata, langkah mencuba perniagaan baru menjual pelbagai spesies bunga dan menghasilkan sendiri arca hiasan laman memberi nafas baru menjana semula perniagaan yang sudah lingkup.

Katanya, perniagaan nurseri yang diusahakan itu bermodalkan hanya RM150 dengan membeli pokok bunga daripada pembekal selain menghasilkan arca hiasan laman yang dipelajari daripada laman YouTube.

“Sekarang permintaan spesies keladi dan pokok ati-ati adalah tinggi, usaha saya membiakkan kedua-dua spesies ini menghasilkan keuntungan.

“Antara arca hasil ciptaannya ialah cendawan simen fero, replika burung bangau, pokok keladi dan gubahan bunga plastik. Barangan ini dijual antara RM20 hingga RM70 menerusi khidmat hantaran ke rumah pelanggan,” ujarnya.

Katanya, kegagalan merentas negeri untuk ke Sungai Buloh, Selangor dan Cameron Highlands, Pahang bagi mendapatkan pokok ati-ati tidak menjadi masalah kerana spesies itu sudah dibiakkan sendiri sebelum ini.

Katanya, promosi kedainya Cahaya Garden dibuat menerusi aplikasi media sosial dan semua tempahan termasuk bunga hidup ke luar daerah dan negeri dibuat menerusi kaedah kiriman pos.– UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya