Pejuang tapis Ahli Parlimen, ADUN mahu lompat parti - Utusan Malaysia

Pejuang tapis Ahli Parlimen, ADUN mahu lompat parti

DR. MAHATHIR Mohamad (kiri) dan Tun Dr. Siti Hasmah Mohamad Ali (tiga dari kanan) meninjau persiapan pada program Dapur Rakyat di Pejabat Ahli Parlimen Langkawi di Kuah, hari ini. -UTUSAN/NUR AMALINA AZMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LANGKAWI: Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) akan melakukan tapisan ke atas Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) daripada parti lain yang ingin ‘lompat’ menyertai parti itu yang diluluskan pendaftaran semalam.

Pengerusinya, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, tapisan tersebut adalah untuk mengelakkan mereka menyertai Pejuang semata-mata untuk memburuk parti itu.

Menurutnya, beberapa orang yang menyertai parti itu didapati mempunyai niat untuk menghancurkan parti dengan membuat kecaman terhadap terhadap pemimpin.

Bagaimanapun, katanya, Pejuang telah bertindak mengeluarkan golongan tersebut daripada parti.

“Orang yang nak masuk Pejuang bukan kerana nak dapat gaji, (menjadi) calon dan wakil rakyat tapi nak jayakan Pejuang.

“Pejuang untuk bangsa, agama, negara dan bukan (kepentingan) individu,” katanya kepada pemberita selepas meninjau persiapan Dapur Rakyat dan sumbangan bungkusan makanan di Pejabat Ahli Parlimen Langkawi di Kuah di sini hari ini.

Semalam, Mahathir mengesahkan parti tersebut secara rasmi telah didaftarkan sebagai parti politik.

Beliau memberitahu, kelulusan telah diberikan oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin dan Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS). 

Selain itu, Mahathir yang juga Ahli Parlimen Langkawi memberitahu, lebih 20,000 individu yang mengisi borang tunjuk minat menjadi ahli sebelum ini kini secara rasmi diterima menjadi ahli parti tersebut.

Katanya, kesemua ahli tersebut sebelum ini telah mengisi borang tunjuk minat sahaja disebabkan parti itu belum belum diterima pendaftaran.

Menurutnya, beliau percaya lebih ramai akan berminat untuk menyertai Pejuang memandangkan mereka sebelum ini menunggu parti itu diluluskan pendaftaran.

“Sekarang dah daftar dan akan bergerak ke seluruh negara kecuali Sabah dan Sarawak,” katanya.

Bekas Perdana Menteri itu menambah, pemimpin Pejuang di peringkat negeri dan kawasan juga telah dilantik sebagai penaja sebelum ini dan mereka akan dilantikan secara rasmi selepas ini. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya