IPOH: Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) yang baru diluluskan pendaftarannya mungkin bertanding di 14 kerusi Parlimen dan 39 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15). Ketua Majlis Pimpinan Pejuang Negeri Perak, Mior Nor Haidir Suhaimi berkata, kerusi-kerusi tersebut dikenal pasti sebagai kawasan majoriti pengundi Melayu, selaras dengan teras parti itu sebagai parti Melayu dan bumiputera. Katanya, walaupun parti baharu, tidak mustahil Pejuang bertanding di semua kerusi berkenaan. “Daripada 24 Parlimen dan 59 DUN di negeri ini, berdasarkan daftar pengundi, 14 Parlimen dan 39 DUN adalah kawasan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya