PBTS disedia tingkat capaian internet di Kampung Malan - Utusan Malaysia

PBTS disedia tingkat capaian internet di Kampung Malan

Pengarah SKMM negeri, Mohd. Khairilnaim Osman (kiri) dan Saiful Yazan Sulaiman (kanan) menemui Mimi Izmaliza yang mengikuti PdPR bersama adiknya di sebuah pondok di dalam kebun getah di Kampung Malan, Dangi, Kuala Pilah baru-baru ini
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA PILAH: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) akan berunding dengan penyedia perkhidmatan telekomunikasi bagi mempertimbangkan penyediaan infrastruktur komunikasi seperti Portable Bases Transmitter Station (PBTS) di Kampung Malan, Dangi, Kuala Pilah.

SKMM menerusi kenyataan hari ini memaklumkan, ia merupakan langkah penyelesaian jangka pendek itu bagi masalah capaian internet yang dihadapi di kampung berkenaan. 

“Susulan laporan oleh pihak media yang membangkitkan ketiadaan capaian internet di Kampung Malan, Dangi di Kuala Pilah, perkara berkenaan telah disiasat oleh pihak kami. 

“Satu pertemuan antara SKMM Negeri Sembilan bersama-sama dengan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Johol, Saiful Yazan Sulaiman, wakil penyedia perkhidmatan dan pengadu telah dijalankan bagi mendapatkan gambaran sebenar masalah yang dihadapi oleh penduduk setempat selain menjelaskan perancangan SKMM untuk menyelesaikan masalah berkenaan,” katanya.

Utusan Malaysia sebelum ini melaporkan seorang bapa, Malik Ahmad, 53, dari Kampung Malan dekat sini yang nekad membina sebuah pondok di dalam kebun getah miliknya bagi memastikan dua orang anaknya iaitu, Mimi Izmaliza, 14 dan Mohamad Izman, 12 dapat mengikuti sesi Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR). 

Ia selepas capaian internet di rumahnya tidak memuaskan manakala di kawasan pondok itu sahaja capaian internet dapat diperoleh dengan lebih baik.

Sementara itu, dalam kenyataan itu lagi, bagi langkah penyelesaian jangka panjang pula, permohonan telah dimajukan bagi pembinaan menara komunikasi baharu di lokasi aduan di dalam perancangan Pelan Jalinan Digital Negara (Jendela) pada fasa akan datang. 

“Dalam hal ini, pihak Telekom Malaysia (TM) telah memberi komitmen untuk menyegerakan penyediaan talian tetap yang dijangka siap pada 31 Disember berbanding dengan perancangan asal pada Februari tahun depan.

“Bagi pihak Digi pula, mereka turut memberi komitmen untuk menaik taraf liputan 4G yang disasarkan pada awal Ogos ini di menara yang terdekat,” kata kenyataan itu lagi- UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya