PETALING JAYA: DAP dan Parti Amanah Negara (Amanah) menegaskan hanya Datuk Seri Anwar Ibrahim diangkat sebagai calon Perdana Menteri jika dakwaan jajaran baharu yang bakal dibentuk UMNO melibatkan Pakatan Harapan (PH). Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata, dalam mesyuarat sebelum ini, PH sudah menetapkan bahawa Anwar hanya satu-satunya calon bagi menjawat jawatan Perdana Menteri. “Sekarang bagi PH, calon Perdana Menteri kita buat masa ini ialah Anwar. Keputusan kita adalah Anwar dan kita tidak akan mengundang calon lain kecuali kita buat mesyuarat baharu, maka itu cerita lain pula,” katanya ketika…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya