MELAKA: Pernah tular beberapa kali berikutan sikapnya yang lantang dan dianggap agresif oleh netizen, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Batu, Datuk Norhizam Hassan Baktee menganggap perkara itu banyak membantu karier politiknya. Bercakap kepada Utusan Malaysia, bekas Timbalan Pengerusi DAP Melaka itu mengakui, beliau merupakan satu-satunya wakil rakyat bertaraf ADUN yang dikenali di seluruh pelosok negara, sehinggakan ada masyarakat dari luar negeri ini seperti Sabah dan Selangor menghubunginya meminta bantuan. Katanya, situasi itu berlaku saban minggu ketika pandemik Covid-19, sehinggakan beliau terpaksa menjelaskan kepada individu tersebut cara bagaimana untuk menghubungi…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya