Notis maklum Sidang DUN Johor diserahkan kelmarin - Utusan Malaysia

Notis maklum Sidang DUN Johor diserahkan kelmarin

SIDANG DUN Johor - GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Notis pemakluman bagi Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor yang bakal bersidang pada 12 Ogos ini telah diserahkan kepada semua 56 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) di negeri ini.

Speaker DUN Johor, Suhaizan Kaiat berkata, notis pemakluman diserahkan sejak Rabu lalu.

“Sidang DUN  akan berjalan seperti biasa, ia tidak hanya akan memberi tumpuan khusus kepada isu berkaitan Covid-19 semata-mata.

“Saya berharap semua wakil rakyat di negeri ini akan dapat bertemu bagi mencari jalan membantu mengurangkan beban rakyat dalam tempoh pandemik ini,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Pada 23 Jun, Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar bertitah agar Sidang DUN Johor kembali diadakan pada 12 Ogos ini setelah ditangguhkan sementara akibat pandemik Covid-19 yang melanda seluruh dunia.

Baginda juga berkenan untuk berangkat merasmikan Pembukaan Penggal Persidangan Keempat pada tarikh tersebut yang akan diadakan di Kota Iskandar.

Sementara itu, ADUN Paloh, Sheikh Umar Bagharib Ali memberitahu, pihaknya telah menerima notis pemakluman berkenaan perkara itu daripada Pejabat Jurutulis Johor.

Menurut beliau, diharapkan Sidang DUN  akan menjadi platform bagi semua ADUN menggembleng tenaga dan fikiran tanpa mengira latar belakang politik demi kesejahteraan rakyat Johor.

“Isu yang saya akan bangkitkan ialah berkaitan pengurusan pandemik covid-19 di Johor. Pada umumnya, berkaitan saringan yang lebih menyeluruh dan meningkatkan keupayaan suntikan vaksin kepada rakyat di negeri ini.

“Selain itu termasuk juga isu-isu berkaitan bantuan kepada rakyat yang terkesan serta strategi pemulihan ekonomi Johor yang mampan,” ujarnya.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya