NGO Antarabangsa teruskan program korban Kemboja - Utusan Malaysia

NGO Antarabangsa teruskan program korban Kemboja

Para penduduk Islam di kampung bersempadan Kemboja dan Vietnam yang menerima daging korban sumbangan rakyat Malaysia anjuran NGO Antarabangsa, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Meskipun pandemik Covid-19 masih melanda seluruh dunia, usaha membantu rakyat miskin di Kemboja masih diteruskan oleh NGO Antarabangsa.

Ia dengan mengadakan program korban di kampung-kampung yang bersempadan dengan negara Kemboja dan Vietnam.

Pengerusi NGO Antarabangsa, Datuk Dr. Mustapha Ahmad Marican berkata, program korban lembu dan kambing sempena Hari Raya Aidiladha masih diteruskan walaupun tanpa kehadiran beliau pada tahun ini sama seperti tahun sebelumnya.

Katanya, ini disebabkan oleh sekatan perjalanan antarabangsa disebabkan penularan wabak Covid-19 yang masih belum berakhir.

“Sebagai sebuah NGO Antarabangsa dan asas penubuhan juga disana, sudah 22 tahun saya anjurkan pelbagai aktiviti kebajikan sepanjang tempoh berkenaan seperti membina masjid, surau, sekolah agama, perigi, tanah perkuburan dan lain-lain lain.

“Bantuan kepada fakir miskin ketika bulan Ramadan dan lembu korban bagi Hari Raya Aidiladha ini adalah sebahagian daripada program saya di sana selama 22 tahun,” katanya.

MUSTAPHA AHMAD MERICAN

Mustapha berkata, tahun ini sumbangan lembu dan kambing korban adalah berkurangan dan tidak sampai 10 ekor.

Bagaimanapun, NGO Antarabangsa tetap bersyukur atas keprihatinan rakyat Malaysia yang sudi menyumbang bagi ibadah korban pada tahun ini.

Beliau berkata, agihan daging korban pada tahun ini akan diagihkan kepada kampung-kampung yang berdekatan juga yang terdiri daripada fakir miskin, ibu tunggal dan mualaf. 

“Majlis doa selamat di Sekolah Tahfiz Darul Iman di Kampung Jamuan turut diadakan,” katanya yang juga Tokoh Maulidur Rasul 2020 selain pernah dianugerahi pingat tertinggi negara tersebut yang disampaikan oleh Perdana Menteri Kemboja, Hun Sen.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya