MBSA sedia saluran cukai taksiran dalam talian - Utusan Malaysia

MBSA sedia saluran cukai taksiran dalam talian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) menyediakan saluran bayaran dalam talian untuk para pemegang harta menjelaskan cukai taksiran MBSA bagi penggal kedua 2021 sebelum atau pada tarikh 31 Ogos 2021.

Antara saluran laman sesawang untuk bayaran yang disediakan adalah di alamat e-mel www.eps.mbsa.gov.my, www.maybank2u.com, www1.uob.com.my, www.mbfcards.com, www.ambankgroup.com, www.rhbbank.com, dan www.bankislam.com.my.

Menurut Ketua Bahagian Komunikasi Korporat dan Perhubungan Awam MBSA, Shahrin Ahmad, saluran bayaran melalui JomPAY juga ada disediakan dan pembayar hanya perlu memasukkan biller code: 7567, nombor akaun baharu pada Ref-1 dan nombor telefon pada Ref-2 dan seterusnya memasukkan jumlah bayaran.

“Selain itu, saluran bayaran baharu melalui SnapNPay juga telah diperkenalkan. Pengguna hanya perlu memuat turun aplikasi bayaran SnapNPay di Google Play Store (Android) atau App Store (IOS) secara percuma.

“Pengguna hanya perlu mengimbas kod bar atau kod QR untuk nombor akaun dan jumlah bayaran yang tertera pada bil cukai taksiran,”katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Shahrin berkata, pengguna dikehendaki memilih saluran bayaran yang disediakan di dalam aplikasi SnapNPay dan proses bayaran akan disambungkan kepada portal perbankan internet.

Katanya lagi,pembayaran cukai taksiran juga boleh dijelaskan di kaunter pandu lalu MBSA yang beroperasi pada setiap hari Isnin hingga Jumaat mulai jam 9.00 pagi hingga 1.00 tengah hari.

“MBSA ingin mengingatkan kepada semua pemegang harta supaya dapat menunaikan tanggungjawab dengan menjelaskan cukai taksiran masing-masing kerana ini dapat membantu pihak MBSA untuk menguruskan kutipan sampah domestik, pembersihan kawasan dan menyelenggara infrastruktur awam seperti jalan, lampu jalan, longkang serta membina lebih banyak taman-taman awam dan taman permainan.

“Melalui kutipan cukai taksiran ini juga dapat membantu MBSA untuk menguruskan bandar raya Shah Alam dengan lebih cekap dan efisien sekaligus dapat memberi keselesaan, kesejahteraan dan keharmonian hidup masyarakat khususnya yang bermastautin di bandar raya Shah Alam,”katanya.

Sebarang pertanyaan berhubung cukai taksiran sila hubungi Seksyen Pengurusan Hasil, Jabatan Kewangan MBSA, di talian terus 03-5522 288 dan 03-55222882.

Orang ramai turut boleh melayari laman sesawang, www.irakyat.com.my, www.cimbclicks.com.my, www.imuamalat.com.my, www.pbebank.com dan www.cimb-bizchannel.com.my untuk pembayaran. UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya