PETALING JAYA : Perubahan kedudukan ahli Parlimen di dalam Dewan Rakyat tidak mencerminkan mereka menyokong atau menyebelahi sama ada blok kerajaan atau pembangkang. Hal ini kerana pendirian kepada satu-satu blok hanya ditentukan ketika pengundian dijalankan terhadap sesuatu usul dibentangkan dalam sidang Dewan Rakyat. Bercakap kepada Utusan Malaysia, bekas Peguam Negara, Tan Sri Abu Talib Othman berkata, kedudukan tempat wakil rakyat tidak bermakna mereka menyebelahi mana-mana pihak melainkan ahli Parlimen itu membuat pendirian secara terbuka terhadap mana-mana blok. “Sokongan kepada kerajaan atau sebaliknya adalah bergantung pada pengundian yang dilakukan dalam sidang…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya