Keputusan SPM, STPM bukti isu kemiskinan, luar bandar bukan masalah - Utusan Malaysia

Keputusan SPM, STPM bukti isu kemiskinan, luar bandar bukan masalah

Isu pencapaian keputusan peperiksaan bukan lagi digambarkan oleh lokaliti atau kedudukan sekolah -GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Isu kemiskinan dan lokaliti luar bandar-pedalaman bukanlah punca utama masalah pendidikan negara.

Ini kerana menurut Pakar Pendidikan, Dr. Anuar Ahmad, keputusan SPM 2020 sebelum ini membuktikan murid-murid luar bandar lebih berjaya berbanding murid-murid bandar dan keputusan STPM 2020 hari ini membuktikan kumpulan pelajar miskin (B40) lebih berjaya dari kumpulan pelajar kaya.

“Bagaimana kita dapat memahami fenomena yang menongkah arus pemikiran pendidikan dunia?

Pertama, keputusan peperiksaan SPM dan STPM 2020 adalah bukti yang baik untuk kita katakan akses sistem pendidikan negara kita sudah berada setara dengan negara maju. 

DR. ANUAR AHMAD

Di sana, isu lokaliti luar bandar-bandar bukanlah menjadi punca utama jurang pencapaian pendidikan berlaku. Maksudnya dalam keadaan sekarang, Malaysia juga sudah berjaya menyediakan akses pendidikan yang baik tanpa mengira murid-murid berada di sekolah bandar atau sekolah dan luar bandar.

“Kedua, kejayaan inisiatif  kerajaan dalam memastikan anak-anak keluarga miskin diberikan perhatian sewajarnya untuk mendapatkan pendidikan telah menunjukkan hasil. 

Kos persekolahan yang hampir percuma, penyediaan guru terlatih yang berkualiti, bahan pembelajaran yang disediakan di semua sekolah kerajaan serta berbagai-bagai program intervensi seperti projek makanan tambahan dan program susu sekolah

“Kemudahan lain seperti biasiswa pendidikan untuk pelajar miskin, asrama harian dan skim bantuan buku teks banyak membantu pencapaian pelajar di kawasan luar bandar sehingga mereka juga mencapainya keputusan peperiksaan yang sama dan adakalanya lebih tinggi berbanding murid-murid di sekolah kawasan bandar,” ujarnya lagi.

Jelasnya, dua keputusan peperiksaan awam ini sekali gus menolak pemikiran lama dan teori klasik pendidikan seperti Teori Coleman (1966) yang mengatakan kemiskinan adalah punca utama keciciran pendidikan.

Ia termasuklah beberapa pakar seperti PBB, Pertubuhan Kerjasama dan Pembangunan Ekonomi (OECD) , Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Bangsa-bangsa Bersatu (UNESCO) dan Tabung Kanak-Kanak Antarabangsa Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNICEF) yang menyatakan kemiskinan adalah punca utama masalah pendidikan.- UTUSAN ONLINE

DR ANUAR AHMAD

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya