GEORGETOWN: Ahli Parlimen diingatkan supaya memanfaatkan sidang Parlimen untuk membantu menyelesaikan masalah rakyat, bukannya sebagai medan perbalahan. Timbalan Presiden Gerakan, Oh Tong Keong berkata, ahli Parlimen harus berasa bersalah dan insaf atas tindakan mereka di dalam Dewan Rakyat semalam yang dilihat membuang masa tanpa membincangkan perkara yang berkaitan dengan kepentingan rakyat. “Saya harap pemimpin kita bukan yang hanya tahu bertelingkah dengan mana-mana pihak yang mengutarakan kenyataan dan pandangan mereka. “Mereka harus saling hormat-menghormati, bukan bertengkar antara satu sama lain,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. Menurut Tong Keong, kerajaan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya