Jamil Rakon dilantik TKSU JPM baharu - Utusan Malaysia

Jamil Rakon dilantik TKSU JPM baharu

JAMIL Rakon mengetip perakam waktu sebagai simbolik memulakan tugas sebagai TKSU JPM baharu. - GAMBAR IHSAN JPM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Datuk Jamil Rakon dilantik sebagai Timbalan Ketua Setiausaha Kanan, Jabatan Perdana Menteri (JPM) yang baharu berkuat kuasa hari ini.

JPM dalam kenyataan memaklumkan, Jamil, 59, sebelum ini bertugas sebagai Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Manusia dan berpengalaman dalam perkhidmatan awam selama 29 tahun dengan menjawat jawatan pertama sebagai Penolong Setiausaha di Kementerian Pertahanan pada 1 Disember 1992.

Katanya, beliau yang berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Sastera (Kepujian) dari Universiti Malaya dan Sarjana Pengurusan dari Australian Defence Force Academy, Canberra berpengalaman luas dalam bidang pengurusan sumber manusia, penyelidikan dan pembangunan organisasi. 

“Beliau juga pernah menjawat jawatan sebagai Ketua Setiausaha, Kementerian Dalam Negeri; Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan), Kementerian Dalam Negeri dan Kementerian Pendidikan Malaysia.

“JPM mengalu-alukan kedatangan beliau sebagai Timbalan Ketua Setiausaha Kanan di JPM yang ke-16 sekaligus dapat meningkatkan lagi kecemerlangan JPM berdasarkan pengalaman luas beliau dalam perkhidmatan awam,” katanya hari ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya