Ijlal al-Malik secara maya meriahkan sambutan keputeraan Raja Perlis - Utusan Malaysia

Ijlal al-Malik secara maya meriahkan sambutan keputeraan Raja Perlis

IJLAL Al- Malik sempena ulang tahun keputeraan Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail di Perlis.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR : Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) merencanakan siri bingkisan ‘Ijlal al-Malik’ melalui platform dalam talian bagi memeriahkan sambutan ulang tahun Keputeraan Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail esok selama enam hari bermula semalam.

Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah, selain menzahirkan penghormatan sembah tahniah dan bai’ah atas pemerintahan cemerlang Tuanku Syed Sirajuddin, sebanyak tujuh program bakal ditayangkan secara langsung melalui platform Facebook rasmi MAIPs dan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis (JAIPs).

Baginda yang juga merangkap Yang Dipertua MAIPs bertitah, siaran tersebut turut dipancarkan melalui laman ‘Suara Sunnah Channel’ yang juga bermatlamatkan untuk mengangkat peranan Raja Perlis selaku raja pemerintah dan ketua agama negeri.

“Acara ‘Ijlal al-Malik’ tersebut terpaksa diubah suai dengan penyusunan program secara atas talian memandangkan berlakunya pandemik Covid-19 dan peralihan Perlis ke Fasa 2 Pelan Pemulihan Negara (PPN) pada ketika ini,” titah baginda di sini hari ini.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs, Mohd Nazim Mohd Noor berkata, era pemerintahan Tuanku Syed Sirajuddin telah merakamkan banyak kemajuan ekonomi, pengukuhan ilmu dan pemantapan sosial di Perlis bahkan turut menzahirkan keprihatinan baginda dalam memacu hala tuju negeri.

“Dipersembahkan bai’ah dan taat setia ke hadapan Tuanku Syed Sirajuddin, diiringi doa kesejahteraan dan keselamatan di bawah limpah rahmat dan pemeliharaan Allah Azza Wajalla hendaknya.,” ujarnya.

Dalam pada itu, Mohd Nazim berkata, antara acara yang akan dipertontonkan adalah seperti tayangan video Ijlal Malik; syarahan sejarah Perlis; kuliah khas masjid Alwi dan pelbagai lagi program lain melalui dalam talian. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya