Hormati keputusan MT - UMNO Perak - Utusan Malaysia

Hormati keputusan MT – UMNO Perak

SAARANI MOHAMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: UMNO  Perak mahu semua pihak menghormati keputusan Majlis Tertinggi (MT) parti itu kelmarin yang menarik balik sokongan kepada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin. 

Pengerusi UMNO Perak, Datuk Saarani Mohamad berkata, keputusan itu dibuat selepas mengambil kira pelbagai faktor khususnya mendepani suasana sukar yang sedang dihadapi segenap lapisan rakyat ketika ini.

Menurutnya, dalam mengharungi realiti politik yang kian mencabar, ancaman terhadap amalan demokrasi berparlimen serta tuntutan mendesak supaya hambatan ganas pandemik Covid-19 segera diurus dengan sewajarnya, UMNO perlu menunjukkan keazaman politik dalam membuat keputusan.

“UMNO Negeri Perak juga mengucapkan tahniah kepada Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein yang masih-masing dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kanan.

“Berbekalkan pengalaman luas, kedua-dua pemimpin UMNO ini diharap dapat memanfaatkan sebaiknya jawatan yang disandang untuk membantu parti membawa negara keluar dari kemelut Covid-19 serta membantu rakyat yang terkesan membina semula kehidupan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Saarani yang juga Menteri Besar berkata, beliau dan kepimpinan kerajaan negeri akan terus menggembleng segala kekuatan untuk memulihkan ekonomi dan membantu rakyat yang terjejas serta memastikan program vaksinasi dapat dijayakan.   – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya