Gerai Lemang Kasih Sayang terus suram - Utusan Malaysia

Gerai Lemang Kasih Sayang terus suram

SYAFIK (dua kanan) bersama pekerja di gerai Lemang Kasih Sayang di Kampung Sungai Kelong, Pasir Puteh, Kelantan, hari ini. - UTUSAN/TOREK SULONG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PASIR PUTEH: Jualan ‘Lemang Kasih Sayang’ yang popular di jalan utama pintu masuk Kelantan dan Terengganu merosot teruk ketika sambutan Hari Raya Aidiladha tahun ini kerana perantau tidak dapat pulang beraya.

Pengusahanya, Syafik Sabri, 27, berkata, gerai jualannya di Kampung Sungai Kelong dan di Wakaf Tapai, di sini serta di Seberang Takir, Terengganu suram berbanding Aidilfitri lalu.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, dia berkata, jualan lemang pada Aidiladha hanya laku 700 batang sahaja berbanding 3,200 batang pada Aidilfitri kerana tidak ramai yang singgah di gerainya kali ini.

“Keadaan atas jalan raya sebelum dan selepas Aidiladha tidak sibuk sebagaimana sebelum ini.

“Apapun, saya bersyukur kerana kerajaan membenarkan perniagaan dijalankan dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP),” katanya.

Syafik berkata, ekoran perniagaan yang merosot teruk di musim pandemik Covid-19, pekerjanya terpaksa dikurangkan selain perlu membuat perancangan teliti membeli bahan mentah serta buluh agar tidak menanggung kerugian.

“Sayanglah jika terpaksa menutup perniagaan lemang yang sudah lebih tujuh tahun saya usahakan ini.

“Selagi mampu bertahan, saya akan bertahan walaupun terpaksa mematuhi SOP ketat,” katanya.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya