Gaduh, kepala kanak-kanak berusia setahun ditetak - Utusan Malaysia

Gaduh, kepala kanak-kanak berusia setahun ditetak

SUSPEK (kiri) ditahan polis akibat menetak kepala kanak-kanak berusia setahun selepas bertengkar dengan adik beradiknya dalam satu kejadian di Kampung Parit Mahang di Jeram, Kuala Selangor.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA SELANGOR: Seorang kanak-kanak berusia setahun maut selepas kepalanya ditetak bapa saudaranya sendiri dalam satu kejadian di Kampung Parit Mahang, Jeram di sini hari ini.

Dalam kejadian pada waktu tengah hari itu, suspek Mohd. Hidayat didakwa menghayun sebilah parang panjang ke arah saudara iparnya, namun hayunan pertama terkena anak kepala anak saudara dan cuba menghayunkannya sekali lagi, tetapi berjaya dihalang ahli keluarga lain.

Berdasarkan satu laporan diterima pemberita, kejadian dikatakan berpunca daripada pergaduhan antara ahli keluarga yang bermula dengan pertikaman lidah antara adik beradik di rumah orang tua mereka.

“Saya menerima panggilan daripada emak pada pukul 12 tengah hari apabila berlaku pertengkaran mulut antara adik beradik dan bergegas ke sana. Semasa sampai di rumah, pertengkaran masih berlaku kemudian salah seorang beredar dari situ.

“Suspek ketika itu kelihatan dalam keadaan mundar mandir di tepi (luar) rumah, tidak lama kemudian saya terdengar jeritan dari rumah sebelah milik adik saya dan bergegas ke bahagian belakang rumah dan mendapati suspek menghayunkan parang panjang untuk menetak adik ipar dan anak adik ipar.

“Semasa hayunan pertama, terkena anak saudara berusia setahun lebih pada bahagian kepala. Suspek kemudian ingin menetak sekali lagi tetapi sempat ditahan oleh saya. Saya menangkap suspek dan menghubungi polis untuk mendapatkan bantuan,” katanya.

Sementara itu Ibu Pejabat Polis Kuala Selangor dalam satu makluman ringkas kepada pemberita mengesahkan kejadian berkenaan dan memaklumkan kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan yang boleh menyebabkan kematian.- UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya