Gabungan anak muda, pemimpin veteran perlu di Parlimen - Utusan Malaysia

Gabungan anak muda, pemimpin veteran perlu di Parlimen

JO-ANNA SUE HENLEY RAMPAS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Kerjasama antara anak muda dan wakil rakyat berpengalaman di Parlimen perlu bagi memastikan wujud keseimbangan dalam pemerintahan kerajaan.

Timbalan Ketua Wirawati Parti Warisan Sabah (Warisan), Jo-Anna Sue Henley Rampas berkata, gabungan suara anak muda dan pemimpin berpengalaman membolehkan semak dan imbang dilakukan dalam Parlimen.

“Tapi tidak juga boleh semua anak muda dan tidak juga boleh semua pemimpin senior,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Bagaimanapun katanya, corak politik bagi setiap parti pada masa ini masih meletakkan calon yang boleh menang dan kebanyakan calon ini adalah pemimpin berpengalaman.

Jadi strategi meletakkan calon muda masih mempunyai cabaran tertentu berikutan penerimaan masyarakat atau pengundi yang gemar memilih ‘muka lama’.

Justeru, pengundi sendiri perlu membuka hati dan mengubah perspektif mereka dalam menerima anak muda termasuk wanita sebagai wakil rakyat di kawasan mereka.

Jo-Anna berkata, beliau meletak harapan yang tinggi agar politik di negara ini boleh mencapai kematangan demokrasi dengan mengenepikan perbezaan politik demi pembangunan negara.

Jelas beliau, tidak mustahil untuk melihat setiap ahli politik mampu duduk semeja secara bipartisan untuk membincangkan agenda pembangunan negara.

“Ketika ini, kita belum melihat kematangan demokrasi sebegini di Malaysia iaitu semua pemimpin boleh duduk bersama untuk membincangkan polisi dan pelan pembangunan di negara ini,” katanya.

Dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15), seramai 5.94 juta pengundi muda layak mengundi sekiranya pelaksanaan Undi 18 dilaksanakan.

Usul kelayakan mengundi dan pendaftaran automatik pengundi berusia 18 tahun diluluskan dalam persidangan Dewan Rakyat pada 16 Julai 2019.

Bagaimanapun, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebelum ini menyatakan pelaksanaan Undi 18 yang sepatutnya dilaksanakan pada bulan ini dijangka hanya mampu dilaksanakan selepas 1 September 2022.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya