Felda, kampung tradisional terpencil dan penempatan Orang Asli fokus program MOVAK KPKT - Utusan Malaysia

Felda, kampung tradisional terpencil dan penempatan Orang Asli fokus program MOVAK KPKT

ISMAIL Abd. Muttalib (tengah) bersama para sukarelawan, wakil kementerian, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dalam program MOVAK di Kampung Kuala Wau di Maran, Pahang. - UTUSAN/SALEHUDIN MAT RASAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MARAN: Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) memfokuskan rancangan Felda, kampung tradisional terpencil dan penempatan masyarakat Orang Asli untuk melaksanakan program Mobilisasi Vaksin Komuniti (MOVAK).

Timbalan Menterinya, Datuk Seri Dr. Ismail Abd. Muttalib berkata, menerusi program cakna rakyat berkenaan, ia sekali gus dapat meningkatkan kadar peratusan vaksinasi Covid-19 di negara ini.

“Pihak kementerian mempunyai 25 bas yang diubahsuai sebagai Pusat Pengambilan Vaksin (PPV) bergerak yang berhawa dingin dan selesa untuk hadir ke lokasi bagi program MOVAK ini.

“Kehadiran PPV bergerak ini dapat menyelesaikan masalah asas penduduk yang sukar keluar berikutan kediaman jauh dari bandar,” katanya pada Program MOVAK di Kampung Kuala Wau di sini hari ini.

Yang hadir sama, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Luit, Mohd. Sopian Abd.Jalil dan Pengerusi Badan Bukan Kerajaan Parlimen Maran, Datin Seri Fatimah Kasim.

Ismail berkata, MOVAK di Maran adalah yang pertama di negeri ini bermula Kampung Kuala Wau diikuti Kampung Orang Asli Membau dan Kampung Pesagi.

“Seramai 13,000 orang daripada 105,000 yang layak akan divaksin untuk dos pertama. Usaha berterusan dilakukan supaya peratusan lebih tinggi divaksin menjelang akhir tahun,” katanya.

Beliau berkata, MOVAK yang dilancarkan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Zuraida Kamaruddin di Pulau Pinang baru-baru ini ternyata membantu meningkatkan peratusan rakyat divaksin.

Tambahnya, pelancaran peringkat negeri ini dijangka pada minggu hadapan di Kuantan bergantung status Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) daerah tersebut.

Dalam perkembangan berkaitan, beliau berkata, usaha sedang dilaksanakan supaya lebih ramai rakyat divaksin daripada 350 orang ketika ini kepada 1,000 orang setiap kali program MOVAK diadakan.

“Pihak kementerian bersedia menambah bas untuk dijadikan PPV bergerak di samping perlu menyelaraskan tenaga kerja dengan Kementerian Kesihatan bagi memastikan doktor dan jururawat berserta vaksin mencukupi,” katanya. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya