PUTRAJAYA: Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Adham Baba memberi jaminan tidak akan mengenakan apa-apa tindakan ke atas sekumpulan doktor kontrak yang melakukan solidariti aman semalam. Bercakap kepada Utusan Malaysia, beliau berkata, mereka berhak berbuat demikian bagi menyuarakan pandangan “Tidak akan ada apa-apa tindakan kepada mereka walaupun mereka keluar semalam. Mereka berhak berbuat demikian,” katanya di sini semalam. Kira-kira 4,000 doktor kontrak di seluruh negara menyertai mogok secara aman semalam di lokasi mereka bertugas walaupun berisiko dikenakan tindakan tatatertib atau undang-undang. Mogok membabitkan 30 hingga 100 doktor kontrak di setiap hospital…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya