CIO UTeM dianugerah CIO Circle Excellent Award Asia 2021 - Utusan Malaysia

CIO UTeM dianugerah CIO Circle Excellent Award Asia 2021

MOHD ISA MOHD DOM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Ketua Pegawai Maklumat (CIO) Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM), Mohd. Isa Mohd. Dom dianugerahkan CIO Circle Excellent Award Asia 2021 (Platinum) daripada syarikat teknologi terkemuka, Cisco dan CNBC-TV18.

Naib Canselor UTeM, Prof. Datuk Dr. Raha Abdul Rahim berkata, anugerah berprestij bertaraf global itu telah melonjakkan kredibiliti UTeM di persada dunia dan Asia khususnya.

Jelas beliau, pengiktirafan sebegini jelas mempamerkan universiti berkenaan sentiasa merintis dan menerajui cabaran semasa dalam memastikan keseluruhan operasinya.

“Ini termasuk proses Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) secara dalam talian dilaksanakan dengan jayanya, meskipun berdepan kesulitan akibat pandemik yang melanda dunia,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

UTeM merupakan pemenang tunggal untuk bidang pendidikan dari seluruh Asia Pasifik.

CIO Circle Excellent Award adalah anugerah yang mengiktiraf organisasi dunia yang telah menyumbangkan kejayaan merealisasikan konsep digital transformasi berimpak.

Pengukuran kali ini berfokuskan kepada organisasi yang berdaya tahan, berkeupayaan tinggi serta mampu meneruskan operasi utama dengan jayanya ketika pandemik. 

Sementara itu, Mohd. Isa berkata, cabaran utama adalah untuk memastikan penyediaan perkhidmatan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) seluruh organisasi UTeM berjalan dengan sempurna, selari dengan norma baharu yang mula di budayakan seluruh dunia. 

Menurutnya, pihaknya juga perlu memastikan 13,000 pelajar dan 1,000 pensyarah mampu melaksanakan PdP dalam talian secara efektif dan efisien.

Katanya lagi, ia bukan sekadar memastikan capaian operasi kelas dalam talian sahaja, malah turut menyempurnakan dua agenda utama lain iaitu tugasan dan peperiksaan.

“Sistem peperiksaan penuh dalam talian ini adalah yang terbaharu kami bangunkan dengan menggunakan kepakaran sumber dalaman dan bersyukur sistem ini berjaya dilaksanakan dengan sempurna dan berjaya.

“UTeM telah berjaya meningkatkan infrastruktur ICT yang berfokuskan kepada rangkaian berkelajuan tinggi, akses tanpa wayar serta kuasa pengkomputeran tercanggih pada masa kini selari permintaan semasa,” katanya.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN