CBP bantu ahli terputus bekalan makanan, beri moratorium - Utusan Malaysia

CBP bantu ahli terputus bekalan makanan, beri moratorium

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA : Co-opbank Pertama (CBP) memperuntukkan lebih RM140,000 bagi menjayakan program Kotak Rezeki CB-Prihatin dalam membantu masyarakat yang menghadapi masalah terputus bekalan makanan akibat pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Pengerusinya, Kamari Zaman Juhari berkata, melalui program tersebut, bank akan menyediakan bekalan makanan asas bagi membantu keluarga yang terputus bekalan makanan di sekitar cawangan CBP, khususnya mereka yang belum mendapat sebarang bantuan dari mana-mana pihak.

Katanya, program sumbangan itu akan digerakkan melalui kesemua 28 cawangan CBP di seluruh negara bermula 7 Julai ini.

“Mana-mana ketua keluarga yang terputus bekalan makanan, anda boleh terus datang ke cawangan CBP yang berdekatan bagi mendapatkan kotak rezeki ini. Ini merupakan sebahagian dari program tanggungjawab sosial korporat (CSR) CBP bagi membantu masyarakat setempat dalam tempoh yang sukar ini,” katanya.

Pada masa yang sama, Kamari Zaman memberitahu, anggota lembaga CBP turut meluluskan pelaksanaan moratorium kepada pelanggan individu golongan B40, M40 dan T20 sejajar dengan pengumuman Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (Pemulih).

“Walau bagaimanapun, pelanggan harus memohon secara dalam talian bagi mendapatkan moratorium ini. Saya yakin moratorium ini akan memberi manfaat kepada para pelanggan CBP”, ujarnya.

Beliau memberitahu, permohonan moratorium boleh dibuat secara atas talian dan akan dibuka kepada semua pelanggan individu CBP yang layak bermula 7 Julai ini.

“Sebarang pengumuman lanjut dbuat melalui media sosial dan laman sesawang CBP,” jelasnya. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya