Anak gajah pygmy Borneo ditemukan mati - Utusan Malaysia

Anak gajah pygmy Borneo ditemukan mati

Anak gajah pygmy Borneo yang ditemukan mati di Ladang Sahabat 1, Tungku, Lahad Datu pada Jumaat.-IHSAN JHL SABAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LAHAD DATU: Seekor anak gajah pygmy Borneo berusia lima tahun ditemukan mati di Ladang Sahabat 1, Tungku pada Jumaat.

Bangkai gajah itu ditemukan pekerja ladang yang kemudian memaklumkan perkara itu kepada pengurusnya kira-kira pukul 1 petang.

Pegawai Jabatan Hidupan Liar (JHL) Lahad Datu, Silvester Saimin berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai penemuan bangkai anak gajah itu daripada pengurus ladang tersebut.

“Berdasarkan laporan yang dibuat, saya bersama pegawai JHL yang bertugas terus datang ke lokasi kejadian untuk memeriksa sendiri bangkai gajah tersebut,” katanya ketika dihubungi semalam.

Menurut Silvester, hasil bedah siasat yang dijalankan mendapati kematian gajah pygmy Borneo itu dipercayai akibat keracunan makanan.

Jelas beliau, bedah siasat yang dilakukan oleh Veterinar JHL Sabah, Dr Nur Nabilah Sarkawi mendapati perut anak gajah berkenaan mengandungi racun yang membawa kepada kematiannya.

Bagaimanapun katanya, kematian anak gajah ini tidak dikaitkan dengan sebarang unsur jenayah kerana tiada kesan tembakan yang dikesan pada badan gajah tersebut. Malah, organ dalaman seperti jantung dan paru-paru gajah itu juga dalam keadaan baik.

“Ini adalah kes kematian gajah pertama yang dilaporkan di ladang berkenaan pada tahun ini,” katanya.

Tambah beliau, kali terakhir kumpulan gajah dilihat berkeliaran di ladang tersebut adalah pada Mei lalu.- UTUSAN ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya