Anak gajah mati dalam sungai - Utusan Malaysia

Anak gajah mati dalam sungai

BANGKAI anak gajah betina yang ditemukan penduduk di Sungai Bahai berhampiran Kampung Orang Asli Sungai Peroh, di Kluang, Johor.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLUANG: Seekor anak gajah betina ditemukan mati di dalam Sungai Bahai berhampiran Kampung Orang Asli Sungai Peroh, di sini malam tadi.

Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Johor, Aminuddin Jamin berkata, penduduk menyedari bangkai itu berada di dalam sungai berkenaan kira-kira pukul 9 malam.

“Sebaik sahaja mendapat maklumat daripada penduduk dan melalui siasatan awal mendapati gajah tersebut sudah mati kira-kira dua minggu lalu sebelum ditemukan di sungai tersebut.

“Punca kematian sama ada lemas atau sebab lain akan diketahui selepas bedah siasat dilakukan yang akan dilakukan segera,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Kata Aminuddin, gajah berkenaan dipercayai datang dari kawasan hutan berhampiran dan bangkainya akan ditanam selepas bedah siasat dilakukan.

Dalam pada itu, tular di media sosial mengenai kehadiran sekumpulan gajah di sekitar Kampung Sri Timur, di sini sejak beberapa hari lalu dipercayai berlegar untuk mencari makanan sehingga memusnahkan tanaman penduduk kampung.

Selain itu, kampung berkenaan juga terletak di dalam laluan haiwan berkenaan.- UTUSAN ONLINE 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya