Alkisahnya tular air parit dalam kebun pisang jernih kebiru-biruan, cecah 2 juta tontonan - Utusan Malaysia

Alkisahnya tular air parit dalam kebun pisang jernih kebiru-biruan, cecah 2 juta tontonan

KEADAAN parit yang pernah tular dalam media sosial kerana kejernihan airnya di sebuah kebun pisang di Bagan Datuk. - UTUSAN/AIN SAFRE BIDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BAGAN DATUK: Individu yang berenang dalam sebuah parit yang jernih airnya dalam kawasan kebun tidak menyangka video berkenaan meraih tontonan sehingga lebih dua juta pengguna media sosial.

Individu itu, Mohammad Faihan Muhammad Fauzi, 23, berkata, video itu dirakam oleh seorang rakannya ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tahun lalu di kebun pisang bapanya di Kampung Sungai Ipel dekat sini.

Menurutnya, video berkenaan dimuat naik dalam media sosial oleh rakannya baru-baru ini sehingga mencecah lebih dua juta tontonan.

Menceritakan tentang wujudnya parit sejernih itu, Mohammad Faihan berkata, ia bermula ketika PKP tahun lalu.

Katanya, bagi menghilangkan rasa bosan semasa PKP, dia dan bapanya Mohammad Fauzi Mohd. Shafie, 54, membersihkan kawasan kebun berdekatan rumah mereka yang lama terbiar menggunakan jentera pengorek untuk membuat parit bagi menanam pisang.

“Satu daripada lima parit yang dikorek mengandung air yang sangat jernih, berwarna kebiru-biruan sehingga menampakkan dasarnya.

“Melihatkan keadaan itu, saya dan bapa terus terjun, mandi dan berenang dalam parit tersebut. Airnya terasa sangat sejuk, saya rasa amat seronok dan mandi sehingga 45 minit, ketika itu hilang rasa penat membersihkan kebun,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di sini semalam.

Menurutnya, selepas setahun, parit berkenaan masih wujud di kebun pisang ba­panya namun airnya tidak lagi sejernih dahulu.

Katanya, keadaan air di parit itu sudah keruh dan dia hilang minat untuk mandi se­perti sebelum ini.

“Saya pun agak terkejut melihat keadaan parit ini sekarang, keadaannya tidak sejernih dahulu semasa ia baru dikorek,” katanya.

Terdahulu, tular dalam media sosial satu rakaman video seorang lelaki terjun dan mandi dalam sebuah parit yang jernih.

Rata-rata netizen meluahkan rasa kagum dengan kejernihan air terusan ber­kenaan, malah ada menyuarakan rasa rindu kerana sudah lama tidak berpeluang pulang ke kampung halaman masing-masing sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tahun lalu.

Tidak kurang juga ada yang meluahkan rasa ‘cemburu’ ke­rana tidak dapat merasai kebebasan sebagaimana mereka yang tinggal di kampung.

Video berkenaan meraih lebih daripada dua juta jumlah tontonan.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya