Ahli Parlimen STAR Sabah tenang sahaja - Utusan Malaysia

Ahli Parlimen STAR Sabah tenang sahaja

JEFFREY KITINGAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Ahli-ahli Parlimen Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) Sabah masih kekal setia bersama Perikatan Nasional (PN) dan menyokong Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Ahli Parlimen Keningau, Datuk Seri Dr. Jeffrey Kitingan berkata, STAR Sabah ketika ini tenang sahaja kerana segala yang dilakukan kerajaan PN adalah berdasarkan prosedur perundangan dan perlembagaan yang ada.

“Undang-undang semasa darurat digubal oleh kerajaan maka, kerajaan juga yang seharusnya membatalkannya tanpa perlu dibahaskan di Parlimen kerana negara masih lagi berada dalam tempoh darurat.

“Malah, jika dilihat prosedur perlembagaan ini juga telah diikuti oleh kerajaan PN semasa dalam Parlimen. Jika dilihat peranan Yang di-Pertuan Agong juga tertakluk kepada perlembagaan di negara ini,” katanya kepada Utusan Malaysia hari ini.

Timbalan Ketua Menteri, yang juga Presiden STAR Sabah ini berkata, tidak timbul isu kerajaan PN melanggar mahupun membelakangi titah Agong dalam soal pembatalan Ordinan Darurat yang dinyatakan di Parlimen pada 26 Julai lalu.

Mengambil contoh situasi ketika Tun Mahathir Mohamad mengubah perlembagaan pada sebelum ini, pindaan itu tetap dilaksanakan sebagai satu undang-undang sekiranya selepas 30 hari Agong tidak memberi perkenan.

Situasi yang sama juga diguna pakai dalam pembatalan Ordinan Darurat kali ini.

“Apa yang jelas sekarang, ada pihak yang cuba mengambil kesempatan melaga-lagakan pihak Istana Negara dan kerajaan yang memerintah,” katanya.

Semalam, Istana Negara mengeluarkan kenyataan mengenai rasa dukacita Agong berkaitan kenyataan yang dibuat di Parlimen pada 26 Julai bahawa kerajaan telah membatalkan semua Ordinan Darurat tanpa diperkenan oleh Agong.

Berdasarkan Perkara 150(2B) dibaca dengan Perkara 150(3) Perlembagaan Persekutuan secara jelas memperuntukkan kuasa penggubalan dan pembatalan Ordinan-Ordinan Darurat terletak pada Agong.- UTUSAN ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya