50 doktor kontrak berkumpul di Hospital Melaka - Utusan Malaysia

50 doktor kontrak berkumpul di Hospital Melaka

Menteri Kesihatan akan berjumpa dengan doktor kontrak Rabu ini bagi membincangkan pelbagai perkara berkaitan,
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Seramai 50 doktor kontrak berkumpul mengadakan protes gerakan Hartal Doktor Kontrak di pekarangan Hospital Melaka di sini, hari ini.

Kesemua pengamal perubatan itu mula berkumpul di lokasi kira-kira pukul 11 pagi bagi melakukan demonstrasi secara aman menuntut jaminan lantikan tetap doktor kontrak dan baharu, hak gaji serta kebajikan sama rata dengan doktor tetap, termasuk cuti dan faedah.

Tinjaun Utusan Malaysia mendapati, mereka melakukan protes pertama selama kira-kira 10 minit dengan masing-masing membawa kertas tertera perkataan, “Saya Doktor Kontrak”, “Hkontrak”, “We are you future specialists” dan “Burned Out”.

Perhimpunan kedua diteruskan pada pukul 11.30 yang berakhir beberapa minit kemudian.

Perhimpunan itu dilakukan dalam keadaan mengikuti prosedur operasi standard (SOP) termasuk penjarakan kendiri dan memakai pelitup muka.

Salah seorang doktor ketika ditemui meluahkan kekecewaannya dengan mendakwa status kontrak telah menyukarkan mereka untuk melangkah ke peringkat seterusnya sebagai doktor pakar.

“Kami berharap pihak kerajaan memberikan jalan penyelesaian terbaik untuk jangka masa panjang dan menyerap sebagai kakitangan tetap.

“Walaupun telah bertugas sejak empat tahun lalu, status kontrak ini masih tidak berubah dan menyukarkan kami untuk meneruskan perjuangan sebagai doktor pakar dan sebagainya,” katanya yang enggan namanya disiarkan.

Difahamkan perhimpunan itu melibatkan doktor kontrak dari seluruh negeri ini yang menjalankan tugas di wad kecemasan, wad separa kritikal dan pusat kuarantin dan rawatan Covid-19 (PKRC). -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya