5 sekeluarga tinggal dalam kontena - Utusan Malaysia

5 sekeluarga tinggal dalam kontena

IMBAS.. Exco Perak RAZMAN ZAKARIA (kiri) melawat lima sekeluarga yang tinggal dalam kabin kontena setelah rumah mereka terbakar di Semanggol dekat Bagan Serai
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BAGAN SERAI: Lima sekeluarga terpaksa tinggal dalam sebuah kabin kontena sejak seminggu lalu setelah rumah mereka di Parit Dua, Kampung Kubu Gajah, Semanggol dekat sini terbakar setahun lalu.

Mereka ialah Shahrunizam Jamhari, 49, dan isterinya, Zanariah Mar, 47 serta tiga anak mereka yang terdiri daripada dua lelaki dan seorang perempuan berusia 10 hingga 15 tahun.

Menurut Shahrunizam, selepas rumah mereka terbakar pada 23 Julai tahun lalu, mereka menumpang di rumah ibunya di Jalan Kubu Gajah, di sini.

Katanya, namun setelah hampir setahun menunggu dan merasakan tiada harapan mendapatkan bantuan untuk rumah baharu, mereka membina rumah kabin kontena  dan tinggal di situ sejak minggu lalu.

“Kami tinggal di kabin ini untuk memudahkan kami membersih dan membaik pulih rumah yang terbakar dan diduduki semula,” katanya ketika ditemui pemberita di sini hari ini.

Katanya, dia dan keluarganya tiada pilihan apabila dalam tinggal dalam kabin kontena walaupun terpaksa berhimpit biarpun dalam keadaan tidak selesa.

Katanya, dia tidak mampu membaik pulih rumah mereka yang terbakar kerana hanya mencari pendapatan dengan membaiki alat elektrik dan kerja sambilan sebagai anggota Rela.

“Ini sahaja yang mampu saya sediakan untuk keluarga saya dari panas dan hujan. Pendapatan saya hanya cukup untuk membeli barang keperluan harian.

“Saya harap ada pihak yang membantu membaik pulih rumah untuk keselesaan kami sekeluarga,” katanya.

Sementara itu, keadaan keluarga itu mendapat perhatian Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gunung Semanggol, Razman Zakaria yang melawat lima beranak itu di sini hari ini.

Razman yang juga exco kerajaan negeri berkata, beliau akan mencarikan rumah untuk disewa kepada keluarga itu tinggal dalam keadaan lebih selesa sementara menunggu rumah mereka siap dibaik pulih.

katanya, beliau telah minta Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) untuk mencarikan  rumah sewa dan sewanya dibayar Pusat Khidmat beliau.

“Rumah keluarga ini yang terbakar akan dibaik pulih segera dengan anggaran kos RM50,000 dan dijangka siap dalam tempoh sebulan,” katanya. – UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya