25,200 kilogram ayam sejuk beku dari Denmark dirampas - Utusan Malaysia

25,200 kilogram ayam sejuk beku dari Denmark dirampas

KONTENA menyimpan ayam sejuk beku dari Denmark ditahan di Pelabuhan Dermaga dan Merdeka Labuan, baru-baru ini-Ihsan Maqis
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LABUAN: Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) Labuan menahan sebuah kontena yang membawa 25,200 kilogram ayam sejuk beku dari Denmark.

Hasil pemeriksaan mendapati produk import bernilai RM246,400 itu dibawa masuk ke Labuan dengan menggunakan permit import yang sudah tamat tempoh.

Maqis Labuan dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan, siasatan mendapati produk hasilan haiwan itu dibawa masuk menggunakan sebuah kontena dan kemudiannya ditahan di Pelabuhan Dermaga dan Merdeka pada 30 Jun lalu.

“Pemeriksaan yang dijalankan oleh pegawai penguat kuasa mendapati permit import yang digunakan untuk mengimport produk haiwan tersebut sudah tamat tempoh.

“Aktiviti mengimport keluaran pertanian/penternakan tanpa permit import yang sah boleh dikenakan tindakan di bawah Seksyen 11(1) atau Seksyen 11(3), Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011(Akta 728) yang membawa hukuman denda tidak lebih RM100,000 atau penjara tidak lebih enam tahun atau kedua-duanya sekali,” katanya.

Maqis Labuan turut mengingatkan pengimport dan pengeksport supaya lebih peka dengan syarat dan peraturan yang ditetapkan kerajaan bagi memastikan keselamatan makanan terjamin. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya