23 rumah atas air di Tanjung Aru hangus - Utusan Malaysia

23 rumah atas air di Tanjung Aru hangus

Kebakaran yang memusnahkan 23 rumah perkampungan atas air di Kampung Tanjung Aru Baru, Kota Kinabalu hari ini.-IHSAN BOMBA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Penduduk perkampungan atas air di Kampung Tanjung Aru Baru dikejutkan dengan satu lagi kejadian kebakaran yang memusnahkan 23 buah rumah dekat sini, hari ini.

Dalam kejadian pada 4.32 pagi tadi, kebakaran dipercayai berpunca daripada sebuah rumah sebelum api merebak ke rumah berhampiran berikutan kedudukan rumah yang terlalu rapat.

Turut musnah dalam kebakaran itu adalah lima buah kenderaan dan enam buah motosikal milik penduduk kampung.

Pusat Gerakan Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah menerima panggilan kecemasan pada 4.32 pagi dan sepasukan pegawai dan anggota yang terdiri daripada 36 orang dikejarkan ke lokasi kejadian dengan menggunakan 10 buah jentera dan kenderaan utiliti.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi (JBPM) Sabah, Misran Bisara berkata, pasukan bomba mengalami kesukaran ke lokasi kejadian disebabkan jalan yang sempit.

Bagaimanapun operasi pemadaman kebakaran berjalan lancar dan api berjaya dikawal pada 5.49 pagi.

Operasi pemadaman tamat sepenuhnya pada pukul 8 pagi dan tiada sebarang kemalangan jiwa atau kecederaan dilaporkan.

Kebakaran kali ini merupakan kejadian ketiga dalam tempoh tiga bulan ini.

Kes kebakaran pertama dilaporkan pada 25 Mei lalu yang memusnahkan 25 buah rumah dan kejadian kedua pada 6 Julai yang membabitkan 10 buah rumah.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya