200 pemandu teksi KLIA terima bantuan - Utusan Malaysia

200 pemandu teksi KLIA terima bantuan

NADZIM JOHAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: 200 pemandu teksi Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) disantuni dan menerima agihan sumbangan Infaq Rezeki yang bernilai RM16,000.

Dalam satu kenyataan media Pengerusi Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM),  Datuk Nadzim Johan berkata agihan ini turut melibatkan jalinan kerjasama dan tajaan beberapa organisasi lain.

“Ujian ini sebenarnya untuk kita bersama – sama menghadapinya dan membantu saudara – saudara kita. Oleh yang demikian PPIM bersama-sama beberapa organisasi, penaja dan penyumbang berganding bahu bagi menyalurkan bantuan.

“Berdasarkan maklumbalas yang kami terima dari penyelaras, pemandu teksi juga merupakan golongan yang tidak terkecuali berhadapan saat getir ini. 

“Mereka sangat memerlukan sumbangan bantuan dengan kadar segera terutama bagi mereka yang merupakan golongan asnaf dan B40,” jelasnya dalam kenyataan media itu.

Antara organisasi yang terlibat termasuk sumbangan.com (Gerbang Sumbangan Sdn Bhd), Yayasan Patriot Negara Malaysia (YPNM), Icon Production Sdn Bhd dan Satria Intelligence Agency Sdn Bhd.

Selain itu, bagi menjayakan perkara ini, PPIM bekerja rapat bersama Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso), KINGZ Motorcycle Group, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWIP), Angkatan Pertahanan Awam (APM), Malaysia Airports (Sepang) Sdn. Bhd dan Gabungan Teksi SeMalaysia (GTSM).

Sementara itu, Ketua Operasi  Unit Kebajikan PPIM,  Siti Khadijah Hassan Berseri berkata setakat hari ini Infaq Rezeki berjaya santuni sehingga 100,000 penerima.

“Kami mahu pemandu teksi dan penerima manfaat yang disantuni merasakan ada yang masih peduli dan sayang kepada mereka. Bentuk bantuan yang diberikan adalah berupa Barangan Asas Keperluan Dapur.

“Setakat hari ini sebanyak lebih 100 ribu penerima manfaat Infaq Rezeki telah disalurkan.

“Jalinan kerjasama daripada pelbagai agensi ini juga di lihat akan memberikan impak yang positif dan kami sentiasa membuka ruang kepada mereka yang ingin bersama-sama dalam Misi Bantuan Infaq Rezeki supaya lebih ramai akan menerima manfaat,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya