Walaupun 10 gambar MB bertukar setiap jam, saya masih MB - Utusan Malaysia

Walaupun 10 gambar MB bertukar setiap jam, saya masih MB

AHMAD SAMSURI MOKHTAR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: “Saya masih lagi menteri besar (MB) walaupun 10 gambar MB Terengganu bertukar setiap jam.”

Demikian dinyatakan Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar sekali gus menggambarkan suasana politik di negeri ini terkawal dan tidak terjejas dengan sebaran berita palsu.

Beliau turut menafikan wujud perpecahan dalam Pas Terengganu sebagaimana laporan sebuah portal berita beberapa hari lalu.

“Bangun pagi ini saya masih MB lagi walaupun ada 10 gambar orang jadi MB, yang bertukar setiap jam.

“Yang lain-lain biar polis menjalankan siasatan. Orang yang membuat fitnah ini mungkin tak ingat api neraka,” katanya kepada pemberita selepas melawat kediaman mangsa kebakaran di Kampung Losong Haji Su di sini hari ini.

Pagi semalam Ahmad Samsuri dilapor menjalankan rutin mingguannya setiap Rabu menghadap Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin sebelum Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN).

Utusan Malaysia difahamkan pertemuan itu berjalan tenang dan dalam suasana gembira sekali gus menepis dakwaan segelintir pihak mengenai soal hubungan Ahmad Samsuri dengan istana.- UTUSAN ONLINE 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya