Video larangan keluar selepas pukul 6 petang palsu - Utusan Malaysia

Video larangan keluar selepas pukul 6 petang palsu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Polis Diraja Malaysia (PDRM) membuka siasatan terhadap penyebaran klip video ‘Kepong Community’ yang mendakwa individu yang keluar rumah selepas pukul 6 petang akan ditahan atas arahan Ketua Polis Negara.

Video yang tular hari ini turut mendakwa arahan itu berkuat kuasa hari ini termasuk individu yang keluar membeli makanan kecuali mereka yang mempunyai hal kecemasan dan urusan di hospital serta klinik.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Beh Eng Lai berkata, orang ramai dibenarkan untuk membeli makanan dan keperluan asas pada waktu kedai beroperasi sehingga pukul 8 malam.

“Ini sepertimana yang termaktub dalam prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan bertarikh 1 Jun 2021.

“Saya ingin membuat pengesahan video itu adalah palsu,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau turut mengingatkan orang ramai agar tidak menularkan sebarang berita palsu atau fakta yang belum disahkan dengan pihak berkuasa.

Ujarnya, sesiapa dengan niat untuk menular berita tidak benar berkaitan Covid-19 untuk menyebabkan ketakutan dan kebimbangan kepada orang awam adalah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 4 (1) Ordinan Darurat (Kuasa-kuasa Perlu)(No.2) dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

“Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat boleh menghubungi Bilik Gerakan Ibu pejabat Polis Sentul di 03-40482206,” katanya.

Hari ini tular dalam media sosial dan aplikasi WhatsApp video klip 35 saat berhubung larangan orang ramai untuk keluar rumah selepas pukul 6 petang.

Dakwanya, itu merupakan arahan Ketua Polis Negara yang tidak membenarkan orang ramai untuk keluar rumah bagi tujuan membeli makanan atau keperluan selepas waktu tersebut.

“Tiada lagi nasihat, mereka akan terus ditangkap. Yang ’emergency’ akan dilepaskan, tetapi yang beri alasan nak makan ke akan terus ditangkap mulai hari ini,” dakwanya.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya