Usaha melestari alam sekitar perlu dipergiatkan - Raja Muda Perlis - Utusan Malaysia

Usaha melestari alam sekitar perlu dipergiatkan – Raja Muda Perlis

TUANKU SYED FAIZUDDIN PUTRA JAMALULLAIL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR : Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail menggesa seluruh rakyat mempergiatkan usaha melestarikan alam sekitar.

Titah baginda, antara usaha baharu yang wajar dilaksanakan secara spesifik berikutan pandemik Covid-19 adalah dengan meningkatkan kecekapan pengurusan sisa klinikal.

Titah baginda, sebagai contoh, pelitup muka terpakai yang digunakan oleh orang awam perlu dibuang dengan cermat di tong-tong sampah awam sedia ada.

“Manakala pelitup muka yang sama tetapi telah digunakan oleh pengendali perubatan atau pesakit di institusi kesihatan pula perlu diurus mengikut tatacara perundangan Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Buangan Terjadual) 2005.

“Ia bukan terhad kepada pelitup muka sahaja, tapi termasuklah jarum suntikan, tisu dan plastik klinikal tercemar dan sebagainya.

“Pembuangan di merata-rata tempat akan menimbulkan pelbagai masalah pencemaran termasuk risiko penularan penyakit,” titah baginda sempena kempen Perlis hebat-rakyat bermentaliti kelas pertama dalam tindakan bersempena Hari Alam Sekitar Sedunia 2021
di sini hari ini.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Alam Sekitar (JAS) negeri, Azman Shah Ismail memberitahu, pada masa ini, terdapat 44 buah institusi kesihatan kerajaan dan swasta yang menjana sisa klinikal di Perlis yang dipantau oleh JAS negeri.

Katanya, berdasarkan rekod sistem pengurusan buangan terjadual (ESWISS), terdapat peningkatan lebih 10 peratus penghasilan sisa klinikal di negeri ini iaitu berbeza daripada keadaan biasa sebelum ini.

“Ia berkemungkinan besar disebabkan oleh jumlah pesakit di klinik dan hospital yang bertambah serta kewujudan pusat-pusat vaksinasi negeri,” katanya.

Sebagai rekod, Hari Alam Sekitar Sedunia disambut bertujuan untuk meningkatkan kesedaran dan tindakan sewajarnya oleh masyarakat dalam memelihara alam sekitar. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya