UMT kemuka 10 calon kepada KPT isi kekosongan NC - Utusan Malaysia

UMT kemuka 10 calon kepada KPT isi kekosongan NC

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA NERUS: Universiti Malaysia Terengganu (UMT) mengemukakan 10 calon kepada Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) bagi mengisi jawatan Naib Canselor (NC) yang kosong sejak dua bulan lalu.

Presiden Persatuan Pentadbir dan Ikhtisasnya (Perentas), Wan Mohd. Wazir Wan Abdul Wahab berkata, lapan daripadanya memohon menerusi jawatan kosong yang diiklankan pada 20 Disember tahun lalu manakala dua calon lain dipilih pihak persatuan sebagai sokongan kepada senarai berkenaan.

WAN MOHD. WAZIR WAN ABDUL WAHAB

 

Katanya, kelewatan timbul bagi memenuhi hasrat KPT dalam mengekalkan calon wanita untuk menggantikan penyandang, Prof. Datuk Dr. Nor Aieni Mokhtar.

“Kesukaran mengenal pasti ahli akademik wanita dengan latar belakang dalam bidang sains marin serta maritim menyebabkan prosedur tersebut mengambil masa,”,” katanya ketika dihubungi Utusan Online baru-baru ini 

Nor Aieni dilantik sebagai NC UMT bermula 13 April 2015 sebelum menyambung semula perkhidmatannya pada 13 Februari 2020 hingga 12 April lalu.

Wan Mohd Nazir yang juga Timbalan Presiden Majlis Persatuan Pentadbir Universiti Awam Malaysia berkata, UMT menyokong penuh KPT berhubung pemilihan jawatan NC demi memastikan aspirasi, visi dan misi universiti dapat dicapai dengan cemerlang.

“UMT menerusi Ahli Lembaga Pengarah juga akan bekerjasama untuk mengambil langkah yang perlu bagi mengekalkan urus tadbir universiti di peringkat terbaik,” katanya.

Baru-baru ini, Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) menggesa KPT segera melantik NC di lima universiti awam yang kosong sejak awal tahun ini termasuk Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Universiti Malaysia Perlis (Unimap), Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan Universiti Putra Malaysia (UPM). – UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN