UMNO lancar Misi Bantuan Kemanusiaan Palestin - Utusan Malaysia

UMNO lancar Misi Bantuan Kemanusiaan Palestin

ABDUL AZEEZ ABDUL RAHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Biro Kebajikan UMNO melancarkan Misi Bantuan Kemanusiaan Palestin sebagai usaha bagi menyalurkan bantuan kepada penduduk Palestin di Gaza.

Pengerusinya, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim berkata, UMNO juga tidak lupa melaksanakan bantuan kemanusiaan kepada penduduk di sana yang terkesan akibat kemusnahan selepas serangan rejim Israel baru-baru ini.

Katanya, walaupun sumbangan kali ini amat berbeza, tetapi semua anggota misi akan patuh segala prosedur operasi standard (SOP) yang diberikan sama ada di dalam dan luar negara.

“Langkah-langkah telah diambil dengan persediaan dari segi kesihatan dan teknikal. Suntikan vaksin kepada peserta juga telah dibuat. Anggota misi akan bergerak berdasarkan kepakaran masing-masing dan anggaran kita berada di Gaza dalam 14 hari.

“Pemimpin tertinggi Hamas, Ismail Haniyeh dalam perbincangan bersama Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi juga dimaklumkan mengenai beberapa bantuan khususnya ubat-ubatan dan peralatan perubatan yang berkaitan dengan ortopedik akan disalurkan ke sana,” katanya dalam sidang akhbar menerusi laman Facebook UMNO Online, hari ini.

Abdul Azeez berkata, misi bantuan berkenaan juga sudah mendapat restu pucuk pimpinan parti dan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO.

“MKT juga telah melancarkan tabung khusus untuk misi bantuan kemanusiaan Palestin. Ini menandakan betapa UMNO begitu cakna dengan perkembangan dan kebajikan umat Islam khususnya di Palestin,” katanya.

Tambah beliau, mana-mana pertubuhan bukan kerajaan (NGO) atau pihak yang mahu menyumbang boleh mengubungi Biro Kebajikan UMNO dengan seberapa segera.

“Semoga misi ini mendapat sokongan dari semua pihak tanpa melihat kepada perbezaan politik kerana matlamat utama adalah membantu penduduk Palestin. Walaupun negara kecil, tetapi rakyat Malaysia berjiwa besar dan sentiasa menghulurkan sumbangan,” katanya. UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya