Tubuh tribunal khas siasat aduan atlet - Utusan Malaysia

Tubuh tribunal khas siasat aduan atlet

YOUNG SYEFURA OTHMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA : Satu tribunal khas wajar ditubuhkan dengan fungsinya menyiasat sebarang insiden membabitkan atlet yang menjadi mangsa atau teraniaya dalam industri sukan tanah air.

Tribunal yang dicadangkan itu diketuai oleh pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan fungsi utamanya membela nasib atlet atau saluran mereka membuat pengaduan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ketari Young Syefura Othman berkata, mana-mana atlet yang menjadi mangsa diharap tampil bersuara dan jangan  membenarkan sesiapa mendiamkan mereka.

“Saya bersedia membantu mana-mana atlet yang menghadapi situasi sukar dan berharap mereka tidak takut untuk bersuara. Suara anda, suara semua., “ ujarnya kepada Utusan Online hari ini.

Berkongsi lebih lanjut beliau berkata, setelah dua minggu pendedahan daripada bekas perenang negara Cindy Ong, Persatuan Renang Malaysia diam membisu mengenai isu gangguan seksual yang berlaku dalam sukan renang tersebut  walaupun perkara ini mendapat pendedahan media sejak beberapa minggu yang lalu. 

Katanya Menteri Belia dan Sukan, Datuk Reezal Merican Naina Merican dilaporkan telah mengarahkan pegawai serta Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Ahmad Shapawi untuk menyiasat perkara tersebut namun sehingga hari ini tiada perkembangan lanjut dan individu yang melakukan perkara keji tersebut masih lagi tidak didedahkan. 

“Saya memandang serius isu ini. Cindy Ong dalam beberapa ucapannya di sesi forum dalam talian mendakwa bahawa atlet sukar untuk tampil kerana risau akan dikenakan tindakan dan mereka berkemungkinan akan kehilangan tiket untuk beraksi di pentas antarabangsa untuk mewakili negara, “ ujarnya.

Ini menurut beliau, menunjukkan tiada kebebasan bersuara dalam industri sukan dan mana-mana atlet yang bersuara berkemungkinan besar akan dikenakan tindakan atau diugut sekiranya perkara ini sampai ke pengetahuan umum. 

Justeru apakah jaminan kepada seseorang atlet yang tampil membuat aduan mereka akan diadili tanpa menggadaikan slot dalam pasukan negara? 

Persatuan Renang Malaysia sepatutnya membantu atlet yang mengalami gangguan tersebut dan memanggil mangsa yang lain untuk tampil membuat aduan.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya