Tuan rumah anjur aktiviti kerohanian dikompaun RM20,000 - Utusan Malaysia

Tuan rumah anjur aktiviti kerohanian dikompaun RM20,000

OSMAN Mamat memeriksa dokumen perjalanan pemilik kenderaan ketika meninjau SJR Taman Berkat di Taiping hari ini. - UTUSAN/WAT KAMAL ABAS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TAIPING: Lelaki yang menjadi penganjur aktiviti kerohanian di rumahnya bersama 27 individu lain dikompaun RM20,000 kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Kampung Perwira Kamunting di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Osman Mamat berkata, serbuan dilakukan di rumah berkenaan bersama anggota dan pegawai Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Taiping, Majlis Perbandaran Taiping (MPT) dan Pejabat Agama Islam setelah menerima aduan awam.

Menurutnya, polis yang membuat pemeriksaan di sebuah rumah yang tidak bernombor di Kampung Perwira di sini pada pukul 1 petang mendapati seramai 27 individu sedang berkumpul di dalam rumah tersebut.

“Kesemua mereka mengaku berkumpul untuk membuat perbincangan mengenai program amal yang akan dijalankan di samping menjalankan aktiviti kerohanian di rumah tersebut,” katanya kepada pemberita ketika meninjau sekatan jalan raya (SJR) di Taman Berkat di sini hari ini.

Menurut Osman, pihaknya memberi penerangan kepada semua individu di dalam rumah tersebut tentang SOP semasa PKP iaitu tidak boleh melakukan perjumpaan secara berkumpulan atau tidak boleh melakukan sebarang aktiviti sosial bagi apa -apa maksud majlis sosial pada ketika ini.

Katanya, lelaki berusia 54 tahun yang juga penghuni rumah itu mengaku sebagai penganjur dan bertanggungjawab terhadap perjumpaan tersebut.

“Semua individu di premis itu telah faham setelah diberi penerangan dan lelaki berkenaan sebagai penganjur, mengaku bertanggungjawab kerana mengadakan majlis perjumpaan tersebut.

“Lelaki itu dikompaun RM20,000 di bawah Akta 342 Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 di tempat pemeriksaan dijalankan,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya