TM terus berkhidmat sepanjang PKP - Utusan Malaysia

TM terus berkhidmat sepanjang PKP

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Telekom Malaysia Berhad (TM) terus komited memberikan perkhidmatan kepada negara dalam tempoh sekatan pergerakan penuh yang dilaksanakan oleh kerajaan ketika ini.

Menurut syarikat itu, premis-premis TMpoint dan rakan-rakan jualan utama terus dibuka untuk permohonan perkhidmatan dan transaksi penting, tertakluk kepada peraturan oleh pihak kerajaan dan pihak berkuasa tempatan.

Aktiviti pemasangan dan baik pulih perkhidmatan berjalan seperti biasa untuk para pelanggan sambil mematuhi prosedur operasi standard (SOP) bagi memastikan keselamatan anggota mereka serta para pelanggan.

Ketua Pegawai Pemasaran TM, Shanti Jusnita Johari berkata, sebagai penyedia perkhidmatan penting negara dan penggerak Digital Malaysia, pihaknya faham betapa pentingnya untuk kekal terhubung apabila ramai rakyat Malaysia bekerja dari rumah, belajar dari rumah dan menjalankan perniagaan secara dalam talian.

“Kami komited memastikan perkhidmatan sokongan pelanggan kami terus beroperasi dan mengambil langkah-langkah proaktif untuk memantau rangkaian kami bagi memberikan pengalaman internet tanpa gangguan terbaik untuk kediaman dan perniagaan.

“Apabila lebih ramai pengguna berada di rumah pada masa ini dan kadar penggunaan dijangka meningkat, para pelanggan mungkin memerlukan sokongan untuk mengoptimumkan tetapan WiFi mereka di rumah,” katanya dalam kenyataan.

Jelasnya, pelanggan Unifi boleh menempah perkhidmatan pengoptimuman WiFi daripada pasukan Unifi Elite bagi mempertingkatkan lagi pengalaman internet mereka di rumah.

Ujarnya, 100 slot pertama adalah percuma buat masa ini dan pelanggan jalur lebar kediaman unifi yang berminat boleh mendapatkan slot dengan melengkapkan borang dalam talian di unifi.com.my/bookunifielite. – UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya