Tiga bot pukat tunda degil tangkap ikan di zon larangan - Utusan Malaysia

Tiga bot pukat tunda degil tangkap ikan di zon larangan

BOT pukat tunda yang dikesan menangkap ikan di zon larangan dekat Pulau Talang, Pantai Remis semalam. - UTUSAN/IHSAN MARITIM MALAYSIA PERAK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LUMUT: Bot nelayan menggunakan pukat tunda di Perak dikesan masih ada yang berdegil melanggar syarat sah lesen dengan menangkap ikan di zon larangan.

Terbaru, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Perak menahan tiga bot nelayan tempatan Kelas B kerana menangkap ikan di kedudukan lebih kurang 3.3 batu nautika barat laut Pulau Talang, Pantai Remis dekat sini, pagi semalam.

Pengarah Maritim Perak, Kapten Maritim Shahrizan Raman berkata, tangkapan tersebut dilakukan ketika anggota pasukan itu melakukan rondaan Op Benteng dan Op Pintas di persempadanan perairan negeri pada pukul 7 pagi.

“Pemeriksaan lanjut mendapati, setiap bot dikendalikan dua kru warga tempatan berumur dalam lingkungan 30 hingga 65 tahun,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Menurut Shahrizan, ketika ditahan,  bot-bot itu sedang melakukan aktiviti perikanan berhampiran Pulau Talang dengan menggunakan pukat tunda sebagai alat penangkapan ikan.

Jelasnya, mereka disyaki melakukan kesalahan  di bawah Akta Perikanan 1985 iaitu menangkap ikan kurang daripada lima batu nautika seperti kebenaran syarat sah lesen.

Menurutnya, enam kru termasuk tiga tekong ditahan manakala bot serta hasil tangkapan dianggarkan lebih kurang 30 kilogram ikan disita.

Jelasnya lagi, semua nelayan, bot dan hasil tangkapan dibawa ke Pusat Tahanan Vesel (PTV) Kampung Bharu, Sitiawan untuk diserahkan kepada pegawai penyiasat Maritim Negeri Perak bagi tindakan lanjut.

Shahrizan memohon kerjasama orang ramai menyalurkan maklumat lengkap sebarang kegiatan serupa dan jenayah maritim melalui talian MERS 999 dan Pusat Operasi Maritim Perak 05 – 6838737 dan berterima kasih di atas maklumat yang telah disalurkan bagi tujuan keselamatan bersama. – UTUSAN ONLINE 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya