Tidak takut vaksin, tetapi takut jarum suntikan - Orang Asli - Utusan Malaysia

Tidak takut vaksin, tetapi takut jarum suntikan – Orang Asli

TOK Batin Orang Asli Kampung Sungai Pergam, Roslan Semail ketika ditemui pemberita di Kemaman hari ini.-UTUSAN/ NIK NUR IZZATUL HAZWANI NIK ADNAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KEMAMAN: Kira-kira 90 peratus daripada keseluruhan 500 Orang Asli suku Semaq Beri dan Jakun di Kampung Sungai Pergam di sini bersedia menerima suntikan vaksin Covid-19 bagi orang dewasa dan warga emas.

Tok Batinnya, Roslan Semail, 45, berkata, rata-rata mereka amat menyokong pelaksanaan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) itu demi kebaikan masing-masing.

Bagaimanapun, katanya, ada di antara penduduk yang tidak mahu disuntik kerana stigma takutkan jarum selain terpengaruh dengan persepsi negatif mengenai vaksin yang tersebar dalam laman sosial.

“Baru-baru ini, ada pihak Jabatan Kesihatan datang bagi mendaftarkan vaksin penduduk, Alhamdulillah, sambutannya menggalakkan walaupun ada segelintir yang tidak bekerjasama terutama segelintir warga emas yang masih mengamalkan perubatan tradisional,” katanya kepada pemberita hari ini.

Roslan berkata, sebagai mata dan telinga kerajaan, dia dan kepemimpinan kampung itu menggunakan pelbagai kaedah untuk memujuk dan menyebarkan informasi yang tepat mengenai kebaikan vaksin kepada penduduk.

Sementara itu, seorang penduduk, Kamarul Jabutakamal, 35, berharap kerajaan dapat mempercepatkan suntikan vaksin kepada semua rakyat kerana bimbang dijangkiti Covid-19 ketika keluar bekerja.

Dia yang bekerja di ladang kelapa sawit tidak mahu mendedahkan keluarganya kepada risiko jangkitan wabak tersebut sehingga menyusahkan insan tersayang.

Bagi Mustavit Giram, 45, walaupun masih ragu-ragu untuk menerima vaksin Covid-19, tetapi dia bersedia berbuat demikian jika diarahkan Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa).

“Saya tengok dalam Facebook dan Youtube ada kes yang meninggal dunia kerana vaksin dan takut jika ada kesan negatif,” katanya. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya