Tidak patuh jarak kesalahan tertinggi ingkar SOP - Utusan Malaysia

Tidak patuh jarak kesalahan tertinggi ingkar SOP

ISMAIL SABRI YAAKOB
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Jumlah pesalah ingkar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) seluruh negara semalam merekodkan 792 individu ditahan berbanding 684 individu, kelmarin.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, daripada jumlah itu, seramai 781 dikompaun, 10 direman dan seorang lagi dijamin hasil pemantauan melibatkan 71,549 pemeriksaan oleh Task Force Operasi Pematuhan.

“Kesalahan tertinggi pada kali ini ialah gagal jarak fizikal dengan 180 kes diikuti tidak memakai pelitup muka (170 kes); gagal merekod butiran di premis (135); merentas kawasan dan makan di premis (102); tidak patuh arahan PKP (88); membawa penumpang berlebihan (88) dan lain-lain (29).

“Seramai 10 pendatang tanpa izin dan tujuh kenderaan darat turut disita semalam melalui Operasi Benteng selain sebanyak 173 buah bot atau kapal yang dicurigai turut dikesan berdekatan dengan perairan negara kita melalui tujuh aktiviti penglihatan oleh pasukan keselamatan,” katanya dalam kenyataan semalam.

Menurut Ismail Sabri, seramai 734 individu yang tiba di tanah air semalam dikuarantin wajib bersama sejumlah 9,577 individu lagi masih menjalani arahan itu, manakala 2,313 individu dibawa ke hospital selain 205,359 individu sudah dibenarkan balik ke rumah.

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna pula semalam membuat pemantauan 11 jenis bekalan barangan di 580 peruncit, 157 pemborong dan 31 pengilang dan melakukan sejumlah 1,590 pemeriksaan khas pematuhan SOP dengan kesemua premis terlibat didapati mematuhi peraturan. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya