Tidak lokek ilmu, nota tambahan resepi raih 11A - Utusan Malaysia

Tidak lokek ilmu, nota tambahan resepi raih 11A

AMIRAH Syahmina Firdaus bersama bapanya, Firdaus Ramly@ Hashim, dan ibunya, Rohasliza Abdul Rashed, bersyukur atas kejayaan memperoleh 11A SPM ketika ditemui di Sitiawan hari ini. - UTUSAN/SHAMSUL KAMAL AMARUDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LUMUT: Selalu membuat nota bagi mata pelajaran yang sukar serta sentiasa membantu rakan mengulang kaji antara resepi kejayaan Amirah Syahmina Firdaus memperoleh 11A dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2020.

Pelajar terbaik Sekolah Menengah Raja Dr. Nazrin Shah Kampung Gajah itu, sentiasa tidak lokek dengan ilmu setiap kali rakan meminta bantuan walaupun belajar dalam suasana berjauhan dengan mereka disebabkan pandemik Covid-19.

Anak kedua daripada empat beradik itu akan mengulang kaji pelajaran apabila ada masa lapang dan sentiasa ada masa untuk berehat selain memastikan tidur awal waktu malam.

Amirah Syahmina, 18, memperolehi A dalam Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Bahasa Arab, Pendidikan Syariah Islamiah, Pendidikan al-Quran dan Sunnah, Matematik, Fizik, Kimia, Biologi, Matematik Tambahan dan Sejarah.

Dia mengakui cabaran begitu besar sebelum dapat mencapai kejayaan itu kerana tidak dapat berada di asrama sekolah untuk mengulang kaji pelajaran bersama rakan dan mendapat bimbingan guru.

“Memang sukar kerana susah hendak jumpa cikgu kalau ada masalah semasa belajar, internet pun perlahan kadang-kadang terganggu dengan peranti elektronik yang membuatkan kurang fokus dan kerja sekolah pun susah hendak hantar kepada cikgu,” katanya ketika ditemui pemberita di Sitiawan dekat sini hari ini.

Anak pasangan peniaga kedai runcit, Firdaus Ramly@ Hashim, 48, dan guru matematik Sekolah Menengah Kebangsaan Batu 10 Lekir, Rohasliza Abdul Rashed, 47, itu berharap kejayaan itu mampu merealisasikan cita-citanya menjadi ahli kimia.

Menurut Amirah Syahmina, kejayaan itu dibantu ibu bapanya yang sentiasa memberi kata-kata semangat untuk sentiasa tabah dan melakukan sesuatu menggembirakan supaya beliau tidak tertekan menghadapi SPM.

“Saya amat berterima kasih dengan guru-guru sekolah kerana selalu membantu saya dalam belajar dan memberi kata-kata semangat.

“Begitu juga dengan Pengetua, Cikgu Ahmad Tazally Mohd. Zain juga selalu memberi kata semangat dan menyuruh guru-guru mengadakan kelas tambahan dan program menghadapi SPM,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya