Tiada istilah patah semangat - Utusan Malaysia

Tiada istilah patah semangat

MOHD Izzuddin (tengah) dan Norfadila (kiri) melihat keputusan SPM Norizatul Izzlyn di skrin telefon pintar di rumah mereka di Kampung Bukit Changgang Banting. -UTUSAN/ABDUL RAZAK IDRIS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LANGAT : Belajar mengikut sesi Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) bagi menghadapi peperiksaan besar seperti Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2020 merupakan cabaran utama dihadapi calon peperiksaan tersebut.

Namun cabaran itu langsung tidak mematahkan semangat pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Baru Salak Tinggi (SMKBBST) Sepang, Norizatul Izzlynn Mohd.Izzuddin,18,untuk belajar dengan tekun sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tahun lepas hingga awal tahun ini.

Norizatul Izzlynn berkata, walaupun mendapat 5A,dia merasakan mampu memperoleh  keputusan lebih baik jika kelas secara fizikal diadakan lebih lama.

“Saya belajar dengan meminjam telefon adik-beradik sebelum bapa belikan telefon pada bulan Jun tahun lalu. Capaian Internet pun perlahan di kawasan rumah saya ini.

“Saya suka bertanya kepada cikgu dalam kelas. Apabila sesi PdPR, pertanyaan sukar dibuat kerana cikgu mengharapkan kita fokus dengan sesi pengajaran hingga sukar untuk mencelah,”katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Bukit Changgang hari ini.

Norizatul Izzlynn yang aktif sebagai pengawas sekolah dan persatuan berkata, dia tetap bersyukur mendapat A untuk subjek Matematik, Bahasa Arab dan Bahasa Melayu namun keputusan peperiksaan SPMnya mungkin lebih cemerlang jika kelas seperti biasa diadakan.

Katanya yang merupakan anak sulung daripada empat beradik, solat tahajud dan belajar secara berkumpulan menjadi faktor utama kejayaannya di sebalik masalah PdPR sejak tahun lepas.

Sementara itu bapanya yang merupakan bekas pemandu teksi dan kini menjadi cef separuh masa di Hospital Putrajaya dan hospital swasta, Mohd.Izzuddin Zainon Kamar,49, berkata, PKP memberi kesan kepada semua orang termasuk anaknya.

“Sebagai bapa, saya dan ibunya,Norfadila Osman tetap bersyukur dengan kejayaan anak saya. Sememangnya dia menghadapi cabaran untuk belajar semasa PKP masih berlangsung di negara kita akibat Covid-19.

“Saya beritahu dia, 5A pun satu kejayaan cemerlang kerana dia belajar bukan seperti calon-calon tahun sebelum ini. Harap Covid-19 segera pergi dan calon SPM akan datang lebih selesa belajar,”katanya. – UTUSAN ONLINE 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya