Tiada individu sertai 'Black Democracy' di Kuantan - Utusan Malaysia

Tiada individu sertai ‘Black Democracy’ di Kuantan

OPS Aman Black Demo melibatkan beberapa Sekatan Jalan Raya termasuk di Persiaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) Indera Mahkota di Kuantan, Pahang. - IHSAN IPD KUANTAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Masjid Negeri Sultan Ahmad 1, Persiaran Kumpulan Simpanan Wang Pekerja (KWSP) Indera Mahkota dan Istana Abdul Aziz antara lokasi yang dipantau dalam operasi Ops Aman Black Demo, di sini, hari ini.

Pemantauan tersebut susulan sebuah video berdurasi dua minit 40 saat tular dalam media sosial yang mengajak orang ramai berkumpul secara haram dan menyertai ‘Black Democracy’.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Mohamad Noor Yusof Ali berkata, seramai 94 anggota termasuk 12 pegawai dikerahkan dalam Ops Aman Black Demo yang diadakan bermula pukul 10 pagi hingga 1 tengah hari.

“Hasil pemantauan selama kira-kira empat jam itu, tiada sebarang pergerakan individu atau kumpulan hadir ke lokasi-lokasi yang dipantau.

“Berdasarkan maklumat yang diperoleh, tujuan perhimpunan tersebut merupakan solidariti kepada seruan kumpulan ‘Black Democracy’,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menerusi video yang tular itu, seorang individu memakai topeng muka mengajak orang ramai berhimpun bagi membantah pelaksanaan ‘lockdown’ dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Menurut Mohamad Noor, operasi tersebut melibatkan sekatan jalan raya (SJR) dan ‘snap check’.

“Dalam operasi hari ini, pemeriksaan dilakukan ke atas 267 individu dan 213 kenderaan namun tiada sebarang tangkapan dan kompaun dikeluarkan atas kesalahan melanggar prosedur operasi standard (SOP) PKP.

“Sebanyak 18 saman kesalahan lalu lintas dikeluarkan dan terdapat dua buah kenderaan yang diperiksa namun telah diarah berpatah balik,” katanya. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya