Telefon spesifikasi rendah sukarkan pelajar ikuti PdPR - Utusan Malaysia

Telefon spesifikasi rendah sukarkan pelajar ikuti PdPR

KHAMISAH Mohd. Daud memantau anak-anaknya, Nur Aina Syafina Abdul Rahman Yong (kanan) dan Nurma Hanum Illias ketika sesi PdPR di Kampung Kuchai, Lambor Kiri, Parit. – UTUSAN /ZULFACHRI ZULKIFLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PARIT: Bukan mudah untuk mengikuti sesi pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR) jika tiada kemudahan asas terutama telefon pintar yang berkualiti.

Itu yang dialami seorang pelajar di Kampung Kuchai, Lambor Kiri di sini, Nur Aina Syafina Abd. Rahman Yong, 16, yang tidak dapat mengikuti kelas secara dalam talian menerusi aplikasi Google Meet disebabkan spesifikasi telefon pintar yang dimilikinya agak rendah.

Menurutnya, disebabkan masalah itu, dia hanya menerima makluman mengenai tugasan dan nota yang diberikan oleh guru melalui aplikasi WhatsApp.

“‘RAM’ atau ruang dalam telefon saya sangat kecil sehingga tidak mampu untuk memuat turun aplikasi lain, ekoran itu tiga aplikasi sahaja yang boleh dimuat turun iaitu WhatsApp, Telegram dan Wps yang digunakan untuk PdPR,” katanya kepada Utusan Malaysia semalam.

Nur Aina berkata, tiga aplikasi itu pun sudah menyebabkan telefonnya menjadi perlahan untuk memproses sesuatu maklumat, ditambah pula dia terpaksa berkongsi telefon bersama adiknya, Nurma Hanum Ilias, 10.

“Saya sukar untuk memahami subjek tertentu terutamanya subjek Matematik yang memerlukan bimbingan secara bersemuka daripada guru-guru selain sukar untuk fokus di rumah kerana kurang bimbingan jika tidak memahami sesuatu perkara,” katanya.

Sementara itu ibunya, Khamisah Mohd. Daud, 42, berkata, dia menerima telefon pintar itu menerusi Program Jaringan Prihatin yang diperkenalkan kerajaan.

Khamisah berkata, sebelum ini kedua anaknya, Nur Aina Syafina, 16, dan Nurma Hanum Ilias, 10, mengikuti sesi PdPR menggunakan telefon miliknya tetapi telefonnya itu sudah rosak.

“Dahulu anak-anak dapat mengikuti sesi PdPR menerusi aplikasi Google Meet menggunakan telefon saya tetapi ketika itu liputan internet di sini kurang baik.

“Namun sekarang liputan internet dari rangkaian telco di kawasan penempatan di sini semakin baik,” katanya yang merupakan seorang ibu tunggal.- UTUSAN ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya