Tangguh Kongres Kebangsaan, DAP tunggu jawapan ROS - Utusan Malaysia

Tangguh Kongres Kebangsaan, DAP tunggu jawapan ROS

LOKE SIEW FOOK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: DAP masih menunggu jawapan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) berhubung surat permohonan yang dihantar parti itu supaya Kongres Kebangsaan DAP dan semua Konvensyen Biasa Negeri yang belum diadakan dapat ditunda kepada satu tarikh lain.

Setiausaha Organisasi DAP, Loke Siew Fook berkata, mengambil faktor situasi semasa termasuk pelaksanaan sekatan pergerakan penuh atau ‘total lockdown’, Kongres Kebangsaan DAP yang dijadual berlangsung pada 20 Jun ini memang tidak boleh dilaksanakan.

“Pertamanya, Kongres Kebangsaan DAP memang tidak boleh dilaksanakan bulan ini, kami telah tulis surat kepada ROS dan masih menunggu jawapan rasmi daripada mereka.

“Perintah ‘lockdown’ hingga 14 Jun dan jika ia tidak diteruskanke fasa kedua juga kita tak boleh laksanakan. Kami telah tulis surat kepada ROS memohon untuk dipanjangkan lagi (tempoh penangguhan) dan kini masih menunggu (jawapan),” katanya.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Seremban berkata demikian dalam sidang akhbar berhubung Program Bantuan Pusat Khidmat Rakyat Ahli Parlimen Seremban sepanjang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) penuh di sini hari ini.

Siew Fook sebelum ini dalam kenyataan memberitahu, DAP telah memohon kepada ROS agar Kongres Kebangsaan parti itu yang dijadual pada 20 Jun ini ditunda kepada satu tarikh lain.

Menurutnya, surat rasmi kepada Menteri Dalam Negeri dan ROS telah dihantar dan berharap agar permohonan itu dibenarkan sehingga PKP dilonggarkan dan pergerakan rentas negeri dibenarkan.

Setakat ini, 10 Jawatankuasa Negeri DAP telah mengadakan Konvensyen Biasa masing-masing manakala Konvensyen Biasa Negeri bagi Sarawak, Sabah, Labuan, Perlis dan Selangor masih belum diadakan.

Kongres Kebangsaan DAP sepatutnya berlangsung hujung tahun lalu namun DAP telah membuat permohonan kepada ROS supaya ia ditangguhkan sekurang-kurangnya enam bulan ekoran penularan Covid-19.

ROS menerusi maklum balas kemudiannya membenarkan penangguhan itu dan dan ia mesti dilaksanakan sebelum 30 Jun ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya