Tambahan 1.3 juta vaksin Pfizer - Utusan Malaysia

Tambahan 1.3 juta vaksin Pfizer

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Sebanyak 1,333,800 lagi dos vaksin jenis Pfizer akan diterima minggu ini bagi keperluan dos kepada penerima sehingga awal Julai ini.

Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin berkata, daripada jumlah itu, 444,600 dos akan diagihkan pada 16 hingga 18 Jun, manakala 444,600 dos (23 hingga 25 Jun) dan 444,600 dos (30 Jun hingga 2 Julai).

Beliau berkata, setakat ini, sebanyak 5,955,092 dos vaksin sudah diedarkan ke seluruh negara iaitu 1,674,142 dos Sinovac, Pfizer (3,632,850 dos) dan AstraZeneca (648,100 dos).

“Lima negeri tertinggi dalam pengedaran vaksin adalah Kuala Lumpur dan Putrajaya diikuti Selangor, Sarawak, Johor dan Sabah,” katanya dalam sidang akhbar mingguan Badan Bertindak Imunisasi Covid-19 (CITF), hari ini.

Katanya, setakat ini, bilangan rakyat Malaysia berusia 18 tahun dan ke atas yang sudah mendaftar bagi mendapatkan vaksin adalah seramai 13,789,736 iaitu mewakili 58.9 peratus.

Khairy berkata, setakat ini juga, sebanyak 4,774,418 janji temu telah diberikan kepada penerima vaksin.

“Bilangan yang telah divaksinasi dos pertama setakat hari ini adalah 3,132,304  dan mereka yang sudah lengkap dua dos pula adalah 1,357,966.

“Selain itu, seramai 2,458,432 warga emas berjaya mendaftar bagi mendapatkan vaksin bagi Fasa 2 PICK ini,” katanya.

Katanya, secara keseluruhan, kadar vaksinasi negara terus meningkat dan tidak banyak menurun sejak akhir minggu yang lalu iaitu sekitar 100,000 dos sehari. 

Jelasnya lagi, purata dos yang diberi pada minggu lepas iaitu antara 7 hingga 13 Jun  adalah 130,842 dos sehari dan ia adalah peningkatan daripada 94,481 dos sehari pada minggu sebelumnya. – UTUSAN ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya