Taktik tamak tangkap ikan guna bubu naga ketika lockdown - Utusan Malaysia

Taktik tamak tangkap ikan guna bubu naga ketika lockdown

OPERASI mengesan dan merampas bubu naga di sepanjang Sungai Pengkalan Datu hingga Pulau Gajah, Kota Bharu kelmarin. - Ihsan JABATAN PERIKANAN KELANTAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Kegiatan segelintir penduduk menangkap ikan di Sungai Pengkalan Datu, di sini dengan memasang bubu naga berakhir apabila 103 unit peralatan itu dirampas Jabatan Perikanan Kelantan, kelmarin.

Peralatan haram bernilai hampir RM15,500 tersebut ditemukan di antara Sungai Pengkalan Datu hingga Pulau Gajah di sini, dengan jarak sejauh kira-kira lima kilometer dalam operasi bermula pukul 10 pagi hingga 2 petang.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Pengarah Perikanan negeri, Nazri Ishak berkata, siasatan mendapati bubu itu dipercayai dipasang penduduk tempatan yang cuba menangkap ikan sebanyak mungkin ketika dalam tempoh total lockdown ini.

“Berdasarkan maklumat, kesemua bubu naga itu dipercayai baru diletak di dalam sungai pada awal pagi kelmarin.

“Kita turut merampas beberapa bubu naga yang masih belum digunakan di beberapa jeti nelayan di kawasan tersebut,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Nazri berkata, kesemua bubu naga itu dibawa ke Pangkalan Perlindungan Sumber Tawang, Bachok untuk tindakan lanjut.

Tambah beliau, kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 11(3)(c) Akta Perikanan 1985 dan berdasarkan Pekeliling Pelesenan Bilangan 5/2018 yang berkuatkuasa 1 November 2018.

Penggunaan bubu naga bagi menangkap ikan diharamkan di negara ini sejak dua tahun lalu kerana didapati memusnahkan benih ikan serta ekosistem air, namun dikatakan masih digunakan secara diam-diam penduduk di negeri ini. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya