'Takkan kerajaan negeri Sabah tak boleh tunggu?' - Utusan Malaysia

‘Takkan kerajaan negeri Sabah tak boleh tunggu?’

ABDUL RAHMAN DAHLAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Dana kerajaan negeri Sabah berjumlah RM15 juta untuk membeli 10,000 komputer sebaiknya digunakan untuk membantu pengusaha industri kecil dan sederhana (PKS) dan penduduk kampung. 

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan bagaimanapun berkata, keputusan kerajaan negeri membelanjakan dana tersebut menimbulkan persoalan ketika kerajaan Pusat sudah membekalkan 150,000 komputer kepada pelajar di seluruh negara. 

“Apa keperluan kerajaan negeri membeli 10,000 komputer dengan jumlah sebesar itu sedangkan kerajaan pusat akan membekalkan 150,000 komputer kepada pelajar di seluruh negara termasuk di Sabah? 

“Alangkah baiknya peruntukan ini dibelanjakan untuk membantu peniaga kecil dan orang kampung yang menderita semasa sekatan pergerakan penuh ini,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. 

Ahad lalu, kerajaan negeri diterajui Datuk Seri Hajiji Noor memperuntukkan RM15 juta bagi memberi bantuan komputer riba kepada 10,000 pelajar Tingkatan 5 dan 6 di negeri itu.

Pemberian peranti pengajaran dan pembelajaran itu telah dipersetujui kabinet negeri Sabah menerusi Bantuan Ihsan Komputer (Baik) bermula 19 Julai hingga 18 Oktober ini. 

Kerajaan sebelum ini berjanji untuk membekalkan 150,000 komputer kepada pelajar dalam kalangan kategori golongan berpendapatan rendah (B40) sebagai keperluan sesi Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR). 

Sehingga kini, sebanyak 12,887 komputer riba dan sambungan data telah diagihkan kepada mereka yang layak manakala 40,290 akan diagihkan selewat-lewatnya 12 Jun ini dan baki 96,823 komputer riba akan diedarkan pada September depan. 

“Takkan kerajaan negeri Sabah tidak boleh tunggu sebulan kerana komputer kerajaan pusat akan diagihkan pada bulan September,” katanya. – UTUSAN ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya